Followers

Thursday 29 March 2012

Happy 2nd Friendship Annivesary

awcakkkkk !

alangkah indahnya kan kalau sekarang ni kita bahagia dengan orangorang yang kita sayang dengan orang yang kita cintai .


adatlah hidup seorang anak perantauan yang taksub mengejar ilmu bagi memenuhi kehendak kepuasan dalam kehidupan .


melalut dah . okeyh . berbalik kepada tajuk kita kali ni , Happy 2nd Friendship Anniversary .


haha . mesti korang pelikkan , frienship pun ada anniversary ke . mulamula tu cik Qaseh pun terkejut jugak .


ceritanya macam ni , semalam bersamaan 28 march 2012  cik Qaseh tengah sedapsedap menikmati burger yang syok berair tu . tibatiba dapat message dari kawan cik Qaseh masa dekat kem PLKN dulu tu .


dia cakap : assalam . tetiba nak wish happy annivesary yang ke dua tahun untuk friendship kita . 28 march 2010 - 28 march 2012 . maybe kau lupakan . tapi aku jumpa kau 28hb taw . by the way , friend forever :D

lepas je baca message tu , baru cik Qaseh teringat . yang kitorang mula kenal masa kitorang disatukan dalam bilik dorm yang penuh cerita suka duka sepanjang kitorang hidup berdikari dekat sana .

kitorang kenal dekat kem PLKN . yes ! cik Qaseh dapat PLKN . korang tak percaya ? sila percaya . sekarang ! nak bukti ? nanti cik Qaseh buat bukti .


tapi masa tu cik Qaseh masuk awal sikit dari dia . awal dua hari kot . sebab sesi kemasukan dia makan masa tiga hari .

so masa tu , dekat dalam dorm tu memula berapa kerat je . lepastu tunggu la kawankawan dari daerah entah ceruk mana kerajaan ambik .

lepastu , kitorang mula perkenalkan diri . sumpah janggal gila . tak pernah kot kita kena survive hidup ni dengan kawankawan yang baru kita kenal tanpa bantuan ibubapa kita .

masa tu , cik Qaseh sorang je budak perempuan dari sekolah cik Qaseh tu . yang laen semuanya lelaki . what the meowmeow ! cik Qaseh rasa ini tak adil . ini tidak adil . tidak adil tidak adil bagiku . haiii .

masa ni , semua sibuk nak balik . nak mak la nak abah la . tapi cik Qaseh watlek je walaupun hati memberontak .

tapi lastlast tu , kitorang turutkan . memula tu memang rasa macam tak best . sebab tak ada tv la . handphone kene simpan la .

cik Qaseh habiskan kem ni dengan sempurna nya . dari 26 mac 2010 - 11 jun 2010 .

masa nak balik tu , semua sibuk dok menangismenangis meraungraung tak nak balik . tak nak tinggalkan kekasih sementara diorang .

tapi lepas tu , walaupun kitorang dah berpisah tapi kitorang still lagi jadi kawan sampai lah sekarang . cuma ada la segelintir yang sombong , lupa la tak kenal la .

its okeyh . pape pun , cik Qaseh nak wish jugak la dekat kawankawan kem cik Qaseh . happy 2nd friendship anniversary .

p/s : kawan sampai bilabila :D

Sunday 18 March 2012

milik siapakah hati ini ?

awcakkk !!

dulu dan sekarang .

dulu , aku tergilakan seseorang .
sekarang , seseorang tergilakan aku .
dulu , aku sayang kan seseorang sepenuh hati .
sekarang , seseorang sayang kan aku sepenuh hati .
dulu , aku CINTA kan seseorang yang tak cintakan aku .
sekarang , sesorang CINTA kan aku yang aku tak cintakan dirinya .
dulu , tuhan kirimkan orang yang salah untukku .
sekarang , dia ke pemilik tulang rusuk ni ?

mungkin ada stalkerstalker blog cik Qaseh ni , tawu cerita cinta cik Qaseh . jatuh bangun cik Qaseh dalam sebuah perhubungan yang boleh dikatakan serius . ber-coup-le itu satu hubungan yang serius okeyh adekadek , bukan hanya sekadar ber-coup-le just for fun . but , we make it serius when we dream to end a life with her/him .

ade tak orang sayang awek kat atas ni ?

kalau dulu , cik Qaseh selalu bermimpikan pengakhiran hidup cik Qaseh hanya dengan dia yang cik Qaseh cintakan separuh mati . tapi tu la , kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya . segalagalanya musnah . kemusnahan tu cik Qaseh catat kan dalam blog picisan ni .


detik saat perkenalan kami yang singkat .
saat hati bertaut pada hati yang satu tu .
saat bibirnye yang nan indah berbicara lembut telus kehati .
saat terjalinnya sebuah perhubungan .
saat terbinanya janjijanji yang indah .
saat beburung cinta yang sedang asyik bersama layari bahtera cinta .
saat terlupanya diri ini pada mereka yang lebih utama .
saat aku menanggung rindu yang menggunung .
saat aku menangis pada bahunya .
saat aku lemah tanpa semangat .
saat dirinya yang aku cari setiap pagiku , malamku , dukaku dan bahgiaku .
saat terasa hidupku lengkap dan sempurna bila hadirnya dia dalam hidup yang sementara ni .
saat bahtera cinta kami bangunkan .
saat tercetusnya igauan ngeri .
saat hadirnya manusia menggoyahkan mahligai cinta yang kami bina .
saat aku jatuh dengan permainan katakata manusia .
saat aku melihat cintaku berbahagia disamping yang tercinta .
saat jatuh bangunnya aku sendiri untuk harungi likuliku hidup yang seterusnya .
saat aku memerlukan bantuannya .
saat aku sendiri sendiri sendiri dan sendiri .
saat aku hilang tempat mengadu , tempat aku bermanja .
saat aku belajar hidup sendiri tanpa semangatnya yang sentiasa membara . 
saat aku kehilangan inspirasi hidup .

sesungguhnya , sesaat mengenali dirinya , sesaat mencintai dirinya , sesaat kehilangan dirinya , adalah satu pengalaman dan kenangan yang berharga buat diri cik Qaseh yang kudus dalam dunia percintaan ini .


siapa cakap CINTA tu INDAH ? 
sesungguhnya , CINTA itu seksa !

dah bergelengelen airmata ni habis hanya kerana dia . semuanya kerana dia .

ada something yang cik Qaseh nak share , cik Qaseh ni orangnya jenis tak suka kene marah lagilagi dengan boyfiee . yelaaa , mummy selalu marahmarah cik Qaseh . abis dapat boyfiee pulak panas baran , mudahmudah je nak marah cik Qaseh . memang tak la . hilang terus sifat manja cik Qaseh .

but one day tu , masa tu kitorang ni bercinta lagi , tibatiba dia texting mummy , dia cakap "mummy jagakan Qaseh ekh , mummy jangan marah dia . Qhaleef sayang kan die sangatsangat." apa lagi , menetes la airmata ni weyhhhhhh . murah sangat airmata ni untuk dia . (Qaseh dan Qhaleef bukan lah nama sebenar dalam texting tersebut. harap maklum.)

itu perkara yang cik Qaseh salute dekat dia . berani dia texting mummy macam tu . wooowww !

but now , everything worsed . no more him anymore in my life . lepas je cik Qaseh breakdown dengan dia , cik Qaseh gilagila down , tak ada semangat nak teruskan hidup ni . tapi mujur akal ni panjang lagi . terfikir sejenak , "mungkin Tuhan nak tunjukkan dekat aku , dia bukan yang terbaek untuk aku."

cik Qaseh bermunajatkan diri dengan Allah . seterusnya , dalam setiap doa tak lupa untuk cik Qaseh titipkan doa untuk dia . sampai sekarang . moga dia diberi petunjuk dan hidayah . tak lupa jugak , selalu cik Qaseh berdoa agar dipertemukan dengan pemilik tulang rusuk kanan cik Qaseh ni yang dipinjamkan untuk selamanya . bukan pinjam je malah menjadi hak milik kekal .

" ya Allah , kau pertemukan lah aku dengan pemilik tulang rusukku ini sepertimana yang telah kau janjikan di Luh Mahfuz sewaktu usiaku 4 bulan dalam kandungan ibuku. "

selama tujuh bulan ni termasuk bulan ni , pelbagai ujian yang Allah beri . aku terfikir lagi " Tuhan uji aku beratberat sebab dia tawu aku sabar . jadi aku kena bersabar mengharungi ujian yang diberi . "

selama tujuh bulan ni jugak la , cik Qaseh kenal macammacam manusia , macammacam ragam .

selama tujuh bulan ni jugak la , aku dapat balasan yang "takkan ada kebahagian diatas penderitaan seseorang. "

tapi sekarang .

sekarang semuanya berubah .

tapi percaya ke kita , berjumpa dengan pemilik tulang rusuk dalam laman sesawang internet ?


dia yang buat cik Qaseh tak menentu .
dia yang buat cik Qaseh jiwa kacau yang terlalu kacau .
dia yang buat cik Qaseh menjadi seorang manusia yang berfikiran panjang .
dia yang terlalu mengharapkan cik Qaseh ni .
dia yang terlalu sayangkan cik Qaseh .
dia yang terlalu merindu cik Qaseh sedangkan cik Qaseh tak . cik Qaseh watlek je .
dia yang melamar cik Qaseh . bukan hanya seorang kekasih tetapi future wife .
dia yang buat cik Qaseh serabut .
dia yang buat cik Qaseh jadi macam ni .

mungkin sekarang Tuhan nak bagi sesuatu yang sesuatu cik Qaseh pernah bagi tapi ianya tak berbalas .

kalau dulu cik Qaseh yang terlalu rindukan sang kekasih . 
tapi sekarang , dia yang terlalu rindukan cik Qaseh .
kalau dulu cik Qaseh CINTA kan sang kekasih .
tapi sekarang , dia nak serahkan CINTA dia pada cik Qaseh .
kalau dulu cik Qaseh yang selalu cemburu buta , iri hati pada sang kekasih .
tapi sekarang , dia yang terlalu cemburu dan iri hati dengan cik Qaseh .
kalau dulu cik Qaseh yang bermimpikan sang kekasih .
tapi sekarang , dia yang selalu bermimpikan cik Qaseh .
kalau dulu , pintu hati cik Qaseh tertutup untuk mencintai , menyayangi dan dicintai disayangi .
tapi sekarang , pintu hati dah terbukak sedikit demi sedikit hanya untuk dia .

apakah itu ?
petunjuk kah ?

tapi , percayakah cik Qaseh dengan apa yang dia per-kata-kan ?
sebab cik Qaseh dah susah nak percayakan katakata seorang lelaki lagi .

he says : i'll try my best to make you happy . i'll try to the best man win .
me says : i hope so .

cerita cinta dia , sama dengan cerita cinta cik Qaseh . cuma dia lebih banyak pengalaman dalam bidang percintaan ni tapi cik Qaseh tak .

tapi , antara kami terlalu banyak jurang perbezaannya . mungkin dia akan lebih faham cik Qaseh . mungkin dia akan guide cik Qaseh about life . mungkin die lebih berpengalaman .

tapi tu la , mungkinkah kita berjumpa dengan pemilik tulang rusuk dalam laman sesawang internet ?

mungkinkah , mungkinkah , mungkinkah ?

entahlah , tak dapat jawab kemungkinan tu . biarlah masa yang menetukan segalagalanya .

buat dia : you ! i dah mula suka kan you .

rindunya dekat Haiqal !

p/s : mengenali seseorang adalah satu pengalaman dan enangan yang berharga .
p/s : nanti cerita lagi soal hati .






Thursday 15 March 2012

sitkom sebabak : apakah ?

awcakkkk !!

semalam cik Qaseh nak hupdate tapi tak terlaksana bulan pulak . maklumlah , kehidupan sebagai seorang pelajar tak selalunya indah . faham kan ?

okeyh tak mukadimah tu ?

cik Qaseh tak tawu nak hupdate ape , tapi kali ni cik Qaseh nak hupdate entry bergambar . dengan itu cik Qaseh menamakannya Sitkom Sebabak . sebab apa sitkom sebabak , sebab kami bersandiwara hanya untuk seketika je .

masa waktu gap kelas , cik Qaseh and the geng lepak dekat wifi room a.k.a. restroom . so , kat situ memang boleyh buat hal sendiri la . dengan itu , tibatiba ada kawan ni nama die Esya , dia suka snapsnap gambar kitorang senyapsenyap . tibatiba dia cakap , " jangan la pergi tandas dulu , maenmaen la dulu . "

dan kami pun tibatiba , "apakah ?"

jadilah ini , Sitkom Sebabak : Apakah ?

pada suatu petang , di bilik wifi dengan tak sengajanya kami tercandid ini sleeping nurse .



 ngigau pulak die .
sempat pulak posing .

 cik Qaseh musykil tang ni .
apakah yang sedang belia cuba lakukan ?

adakah ini kes pencabulan ?
 
 cubaan mencabul hak asasi manusia .

 apakah ini ?

 bersalam-salaman pulak tu .

 eyh ! maen sep-sep tom-tom pulak .


 lawan tangan pulak dah .

kenapa pulak ni ?

dah puas maenmaen dah . abis la sitkom kita .

sampai situ saje lah sitkom sebabak kami . nanti akan terbitkan lagi sitkom yang berbabakbabak . hahaha . 

sekarang ni dah masuk semester baru , jadi agak ke-busy-an sikit . so , sesi hupdate menghupdate tu agak tergendala sikit .

p/s : tiada nota kaki untuk entry ni .

Tuesday 13 March 2012

how to tackle a girl :)

awcakkkk !

capekk deyh kaki cik Qaseh . almaklumlah , berjalan tak henti itu kerja manusia yang menyandang usia remaja . korang dah biasa kan ? apa ada hal . hahaaha .

okeyh , cik Qaseh tak nak la bermukadimah panjangpanjang .

malam ni cik Qaseh nak cerita sikit , nak share idea cik Qaseh kat korang . idea ke tips ke , terpulang la pada korang yang menilai .

mungkin tak banyak , tapi cukup lah sebagai pendapat yang ikhlas .

tajuk nya adalah , HOW TO TACKLE  A GIRL :

**take note dulu , to tackle a girl to be your wifiee nope your gurlfiee , but bila relay ni mesti start dengan coup kan . sokeyh la , same goes with the way .

okeyh , one two three!

firstly , hygiene . make sure you are in a good hygiene .  hygiene ni sangat penting yurp . bila sebut perkataan hygiene , mulalah orang kaitkan dengan perempuan . nope ! hygiene tak kira lelaki ke perempuan . so , take not okeyh guy . hygiene ni tersangatlah penting .



means : mandi tu 2 kali sehari ke , bagi hilang bau peluh yang tak menyenangkan . lagi , gosok gigi okeyh . make sure gigi anda tak ada taik gigi tak ada cili ke ape ke . malu weyh kalau senyum kat awek tibatiba taik gigi berselepat , waduhhh ! sure kene reject . lepastu , jambang . mana yang nak simpan jambang tu , korang trim la die cantikcantik . ni tidak , bersepah bulubulu nye kat dagu sampai ke pipi pun ada . tak selera orang tengok . orang awam pandang pun 5 9 6 7 kali nak kan kepastian .

secondly , funny . orang lelaki suka taw buat lawaklawak ni . sebab dia nak tengok perempuan tu tersenyum , ketawa riang bebas . tapi kadangkadang tu tak kena masanya . ada masa kite perlu fun , ada masa kite perlu serius .



means : jangan lah buat lawak bodoh sekiranya anda kehilangan idea untuk melawak . sampaikan makcik sebelah atau pun diri perempuan tu korang bahankan . tak baek taw . orang perempuan ni sensitif and cepat bosan . kang tak memasal kena ceramah free .

thirdly , merimaskan . orang lelaki ni kekadang tak faham bahasa . ni biasanya terjadi dalam kalangan perbezaan umur pasangan dalam setahun dua tak pun sebaya . sebabnya , mostly mereka ni tak matang .



means : sentiasa nak texting 24 hours . kemana , dengan siapa , pakai apa , kenapa , semua nak tawu . sampai dalam kain pun nak tawu . situasi ni sentiasa berlaku . lagi tak cukup dengan tu , sampai emak perempuan tu pun kau nak texting , memang tak lah kan . kau nak usha mak dia supaya mak dia berkenan dengan kau ? tiada istilah tu dizaman era pemodenan ni . lepastu , sibuk problems perempuan tu semua kau nak tawu . kau belum jadi boyfiee husbiee lagi weyh . sampai kan masalah family semua kau nak tawu . dengan sifat korang macam ni , yang merimaskan . memang confirmconfirm perempuan tu cari kawan laen then tinggalkan korang . sebab tu bukan take care lagi , tu busy body namanya .

next , study dan kerja . yang ni penting . study tu penting supaya dapat kerjaya yang menjamin . buat yang study , korang study la betulbetul . study smart . buktikan kejayaan korang dekat perempuan tu . kalau study bagus mesti dapat kerja yang bagus yang lebih menjamin . kan ? yang mana yang dah kerja pulak , korang carilah dan haruslah ada kerja tetap . sebab mudah . kalau dah ada kerja tetap , tak risau dah pasal kewangan untuk sara perempuan tu . kalau tak ada kerja , kerjakerja berhenti kerjakerja berhenti . nak bagi anak dara orang tu makan apa nanti ?



means : belajar betulbetul bagi yang mana masih belajar supaya lebih berkerjaya . mesti ada kerja tetap walaupun korang ni pandai cari duit tepi . tapi kerja tetap mesti ada . kalau dengan cara ni , tak risau la keluarga perempuan tu nak lepaskan anak dara diorang kat korang .

lastly , persefahaman . dalam sesuatu hubungan selalu terjadi nye miss-communication . selalu ada je yang nak bertelagah .



means : sebelum korang nak fallin in love more and more , sebelum nak jadikan die isteri , korang kena faham dia . ada persefahaman . contoh , korang kena tawu kalau perempuan tu jenis ramai kawan lelaki , ramai peminat dan sebagainya . kalau tak faham dengan situasi macam tu , jawabnya gaduh kerana cemburu buta je la .

erm , so far ni je la ideaidea cik Qaseh . renungrenungkan , selamat beramal .

kalau ada yang silap atau bertentangan dengan pendapat korang , cik Qaseh mintak maaf sebab ni hanyalah pendapat cik Qaseh je yang cik Qaseh nak cerita .

goodluck kawankawan ku yang dalam sesi usha-mengusha awek sekarang ni . harapnya kita samasama lah jumpa yang terbaek dan dialah milik kite selamanya .

p/s : tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati . yang baru dan yang lepas .
p/s : falling in love :)