Followers

Thursday 4 December 2014

Jagakan Hati itu

Ya Tuhan,
Aku lemah.
Tak berdaya...

Cuma manusia biasa...
Yang terlalu hina,
Dalam pandangan mata...

Tuhanku,
Hatinya terhempas,
Berderai ke bumiMu...
Retak lantas bersirai.....

Ya Tuhanku,
Kau kembalikan hatinya,
Kepada bentuk yang asalnya...
Tanpa ada sedikit kesan retaknya...
Kau Tuhanku, yang maha kaya dan Berkuasa.
Kembalikan hatinya...
Kerna, hati itu milik manusia yang terlalu sempurna dalam hidupnya.
Hanya kepadaMu aku memohon...

Tuhan,
Andai hati itu milik aku...
Tabahkanlah hatinya dalam menongkah arus yang mendatang ...
Keraskanlah hatinya dalam setiap cabaran dan dugaan didepan...
Tebalkan imanNya dalam agama bagi permudahkan dalam meng-nakhoda-kan kapalnya.
Muliakan hatinya dalam memimpin jiwa muda yang datangnya dari dia.

Ya Tuhan,
Titipkan hatinya menjadi tetap...
Kerna aku tak termampu untuk menjaga...
Tak berdaya untuk puas menjaga hati...

Ya Allah,
Ya Tuhanku,
Dengarkan pintaku satu...
Jagakan hati itu..
Kerna aku tak mampu.

Sunday 23 November 2014

Aku waktu darjah empat.

Mana nak mula, aku pun tak tahu.
Tapi nak bercerita,
Jiwa menggerutu...

Zaman aku, 2002 ...
Zaman sekarang 2014 ...
Mata atas dunia ni banyak memperlihatkan era peredaran yang sangat drastik.
Tak pasti, anak zaman ni merasa atau tak seperti mana anak-anak 80an dan 90an...

Tergelak sendiri aku bila diingatkan...
Anak zaman dulu, mak pak siap suruh cikgu rotan lagi anak tu...
Anak zaman sekarang, cikgu kutis sikit je dah pi buat report polis saman sana sini...
Astaghfirullah al azim ....

Budak sekarang terlalu dimanjakan.
Sangat.

Waktu aku dulu-dulu,
Sangat mencabar dunianya ...
Kami tak ada gadget yang boleh melekakan.
Hidup kami cuma kenakalan.

Cerita aku darjah empat ...
Bukan itu ceritanya,

Waktu tu,
Aku tak tahu apa itu 'bercinta',
Apa itu 'couple',
Dan apa itu  'clash'.

Waktu aku darjah empat ,
Ramai kawan kelas aku ada 'couple'.
Punyalah bangga siapa ada pakwe waktu ni.
Pakwe mesti darjah enam.
Dating tepi kolam.

Cerita epiknya,
Bercinta atas surat.
Bukak buku latihan bahagian paling tengah sekali. Koyakkan.
Perlahan-lahan penuh berhati-hati. Takut rosak kertas tu, sayang.
Dalam pensel box mesti ada sebatang dua pen, ambik.
Mula tulis bait-bait cinta.
Hai lah kawan-kawan aku....

Aku cuma perhatikan je, tak faham ape motif waktu tu.
Waktu rehat, dia tunggu tepi tangga.
Datang satu budak lelaki, dia pas kertas tadi.
Budak lelaki tu jalan tepi kolam, pas kertas tu pada seorang lagi budak lelaki yang tengah tersengih-sengih macam kerang busuk.
Hahahaha.
Owh, dia jadi posmen.

Aku darjah empat, aku belajar perkataan baru.
Rampas!

Rampas ape seyh?
Rampas komik? Rampas mainan?

Kena rampas, dia menangis.
Kenapa dia menangis?
Hey kawan, kenapa?

Owh, pakwe kena rampas dengan kakak senior.
Menangis sebab cemburu tengok kakak senior berkepit dengan pakwe tadi.
Baru faham.

Zaman sekarang,
Budak darjah satu pun dah pandai minat-minat orang?
Wowwwwwww!

Budak sekarang,
Dah canggih dah ...
Tak payah koyak buku.
Sebab dah ada gadget ayah ibu.

Darjah empat dah ada Facebook.
Add kawan sana-sini,

Tambah rakan budak perempuan comel.
Perempuan comel terima tambah rakan.
Mula bertegur perempuan comel.
Bercinta dilaman muka buku.

Maju budak sekarang...
Tak macam kita dulu-dulu...
Takut bila ketahuan ayah ibu...

Kurang cabarannya zaman sekarang,
Banyak dugaannya waktu dulu-dulu...

Waktu aku darjah empat,
Pernah aku terima surat cinta, aku tunjuk mak aku.
Dia bagi aku cincin, aku buang cincin tu.
Balik sekolah, teman aku dari jauh sampai aku naik kereta.
Pernah kene jeling dengan kakak senior sebab dia!
Aku tak terima, sebab aku geli.
Kecik-kecik dah nak bercinta.

Kelamaan, aku jadi dewasa dan aku faham...
Kita manusia diciptakan berpasangan.
Dalam berpasangan, kita kene bercinta hingga ke akhir hayat.

Itulah dunia, jauh bezanya.
Syukur aku pada Tuhan untuk pengalaman ni.
Sangat hargai.

Dengan izin Tuhan,
Esok, aku punya anak akan aku ceritakan pada dia.
Pengalaman hidup aku akan jadi sebahagian pengalaman dalam hidup dia.

Friday 21 November 2014

Keterpulangan

Dengan izin Allah.
Kita bakal merasakan, semua yang tercipta.

In shaa Allah.

Kau dah mempunyai sesuatu,
Terpulang kepada si pemunya...
Samada untuk mengusai atau bersahaja.

Itu terpulang ...
Hidup ni banyak peluang...

Semuanya, terpulang ....

Thursday 9 October 2014

Pagi Jumaat.

Allahu akhbar.

Aku tak tawu mana nak mula.
Yang aku tawu, cuma ingin bahagia.
Selamanya.

Aku nak jadi sesuatu untuk sesuatu,
Nak jadi sesuatu kepada sesuatu.

Tuhan, moga kau izinkan.
Pintaku cuma satu, kebahagiaan.

Rancangan Tuhan tu yang Maha Hebat,
Takde tandingan...
Aku serah semua padaMu, Tuhan.
Semoga kebaikan yang kau ciptakan.

Semoga Tuhan perkenankan doa-doaku.



Aku,
Dahagakan kebahagiaan.

Saturday 27 September 2014

Genap.

Bahagia.

Satu hari nanti.
Jika ada izin Tuhan,
Aku akan bahagia.

Akan,
Hadirnya mahluk Tuhan..
Yang akan membahagiakan hidup aku,
Segenap ruang zarah molekul
Pada waktu tu...

Sedar.
Hidup ini berbeza.
Tak boleh paksa Tuhan mintak hidup ni sama dengan hidup dia.
Kita cuma manusia aje ...

Tuhan tu Tuan Pengarah seluruh alam,
Kita cuma pelakon ikut tunjuk arah...

Berserah aje aku pada Dia.
Dia yang tulis hal hidup aku.
Tentang rezeki, jodoh, ajal.
Semua pada Dia.

Semoga aku sentiasa dibawah keredhaanNya.
La Tahzan ...

Tuesday 9 September 2014

ainun.

Hai Mata ...
Manisnya senyum kamu ...
Syukur kan ...
Sempurna ..
Indah ciptaan Tuhan ...

Tapi aku tawu, disebalik ...
Disebalik senyum dan renungan tu ...
Cukup pilu ... Kalau aku berdiri atas kaki kamu tu , belum tentu aku boleh terus berdiri macam kamu ...

Mata kamu tu , penuh cerita ...
Cukup yang dilihat , dilalui , didengar ...
Tapi , senyuman kamu tu yang sempurnakan diri kamu ...
Kalau aku ? Belum tentu aku boleh senyum ...
Mata aku ? Lagi lah .. Selalu pakai cermin mata Ray Ban tu sebab taknak tengok benda yang aku kena tengok ....

Besar dugaan Tuhan bagi pada kamu , ya ...

Aku pulak macam tak sanggup nak biarkan mata kamu tu kena buat macam-macam ... 
Kiri Kanan depan belakang ...
Semua kau kena pandang untuk terus berhati-hati ...

Ainun ....
Aku sentiasa mendoakan kau sentiasa tabah ..
Semoga Allah permudahkan setiap urusan kamu ... Dan sentiasa dibawah naunganNya ..

Ainun ...
Biarlah kau diserahkan kepada manusia yang selayaknya membahagiakan kamu ...
Kamu sudah terlalu puas dengan sandiwara manusia hakikat dunia ...
Biar manusia itu bunuh jiwa kamu , selagi Kita ada Tuhan yang satu tu ... Allah ...
Menangislah kamu sampai kamu puas , sampai kamu rasa jelas semula untuk lihat ...

Akan tiba satu saat yang manusia itu menghargai kamu ...
Di akhirat , kalau bukan izinNya atas Dunia ...

Kamu lah ainun yang selalu senyum dalam payah ...


Rahsia, 13.
Jam 0145 .

Wednesday 13 August 2014

Masih berkesempatan

Salam Alayka....
Salam 18 Syawal ....

Lebaran kini bakal berlabuh....
Dikesempatan ini, dapat merapatkan sesuatu yang jauh....

Mujur, aku diberi izin tuhan untuk berkesempatan menyempatkan yang Tak sempat...

Di hari yang mulia ni, Tuhan panjangkan umur aku. Alhamdulillah. Masih sempat kan?

In Sha Allah.

Salam Aidilfitri Minal Wal Faizin...
Diri ini dikenali Qaseh Qhaleesh, jasad ini dikenali Tuhan, NQA. Tulisan warkah mewakili diri. Aku mohon ampun setiap genap ruang hati kalian seandainya diri ini terlalu khilaf Dan naif. Ampunkan aku. Biar Tuhan hitung keikhlasan dan keberkatan antara aku dan kalian... Halalkanlah setiap permakanan minuman aku antara kalian.... Semoga Aidilfitry ini memberikan kita berjuta keinsafan... Salam Aidilfitry dari aku, Cik Qaseh Chomel Lotey....

Salam Alayka....

Friday 25 July 2014

Gaza, ampunkan aku.

Ya Allah...
Hebatnya kau para Shahid dan Shahidah.
Bermandikan hujan peluru dan darah...
Tertusuknya logam tajam, tembus...
Ngilu...
Pilu...

Saudaraku...
Kau pergi dibulan yang cukup mulia...
Pertahankan diri demi maruah dan agama...

Maafkan aku, Gaza...
Aku tak mampu...

Rakyat Kita, Malaysia...
Sedangkan dicucuk jarum kecil,
Ambil darah sebagai bahan uji...
Dah menjerit bagaikan ditarah pisau beluti....

Ya Allah...

Kami,
Sedang girang ria bagi meraikan hari raya....
Bergelak ketawa....
Berbaju warna warni...
Meraikan Aidilfitri....

Sedangkan kau?

Ya Allah.....
Ampunkan aku, Gaza...
Aku cuma Ada, sebaris DOA...

Ampunkan aku, Gaza....

Friday 18 July 2014

Muzium Hati


Andailah aku punya berbidang tanah...
Akan ku bina wakaf yang penuh gah...
Akan bisa jadi bandar dalam satu daerah...
Atas nama aku dan kamu untuk jadi sejarah....

Gersangnya nafsu aku,
Untuk mereka tahu...
Hal yang satu, yang manusia pura-pura tahu,
Lagenda kau dan aku yang pernah bersatu...

Kaulah bukti, menjadi sakti.
Kaulah bahan, yang menjadi nadi....

Hiasannya adalah kau...
Kisahnya berkisahkan kau...
Dan wataknya haruslah engkau...

Usahanya dari titik peluh aku...
Tak perlu bantu..
Ini daerah aku....
Tinggalkan aku dengan dunia aku...

Akan ku korbankan seluruh tenaga aku...
Untuk belajar lilin beku...
Tak perlu upah yang beribu-ribu...
Cukup tunjuk ajar yang dibekalkan untuk aku...
Biar yang hasilkan itu aku...
Berjuta figura kamu..
Karna yang tahu perihal kamu itu aku....

Figura.
Dari mula hingga keakhir...
Rupa nan indah....

Redupnya mata.
Peseknya hidung.
Lekuk bibir.
Telinga.
Ketak badannya.
Ukur tingginya.

Persist!
Sempurna.

Bikin figura beribu.
Berbagai watak dan gaya,
Waktu dan saat manis bersatu.

Susunan?
Indah berlandas teras.

Mulanya manis.
Terus laluan yang pahit nan getir.
Akhirnya...

Akan ku rakamkan dalam daerah aku.
Setiap detik waktu.
Tanpa ada jemu.

Siap.
Daerah aku.
Dan bandarnya kamu.

Silakan meneroka wahai segerombolan manusia.
Yang ngomongnya gampangan dari lidah dan mata,
Bukan jiwa!

AWAS!
DILARANG SENTUH ITU FIGURA AKU!

Cemburu itu aku,
Walau itu figura cuma.
Ya!
Itu tetap milik aku, kau apa tahu?

Cukup aku bina daerah ni,
Agar cerita khazanah alam ni,
Tak luput dek manusia abad ini.

Tutup mulut.
Berhenti dari mengata.
Hayati cerita dari figuraku.
Nilai dari jiwa.
Semat dalam simpanan minda.

Silakan.....

Daerah ni aku bina untuk kau.
Dari aku, sang kekasih dunia sementara yang pernah kau sentuh jiwanya.

Hari 25 .....

p/s: Semaikan sikap membaca dengan jiwa sahabatku...

Wednesday 16 July 2014

Jaga

Tersentak lalu terjaga tidur cintanya.
Termenung kaku terpikir.
Bila masanya akan berjaya, bila bahagia.
Perubahan.
Hijrah.
Mungkin.
... akan tiba, takkan pernah tiba ...
Lelah nafas kasehnya.
Pejam kuat matanya.
Ada rembesan jernih airmata .
Air mata terakhir si Pencinta.
Gelap. Hitam.
Malam.
Mati.

Friday 13 June 2014

11 JUNE

Ucap syukur aku pada Tuhan.
Diberi pinjamNya jasad yang sempurna.
Untuk roh tumpang teduh.

Alhamdulillah...
Masih bernafas aku untuk abad ini.
Until menyaksikan persembahan dunia Illahi.

Ya Allah....

Tuesday 14 January 2014

Relationship Status

awchakkkkkkkk !

Assalamualaikum semua ....
Salam Maulidur Rasul semua dan bersama-samalah kita perbanyakkan selawat keatas Nabi kita ...
InshaAllah...

uwarghhhhhhhhhhhh !
Malasnya nak pergi kerja esok ....
Tak puas cuti laaaa ......

Rindu nak berhoohaaaa hooohaaaa !
Rindu nak melepak tebing jalan lido tu .
Rindu nak pergi bazar karat yang penuh orang karat !
Rindu nak tengok movie dengan genggg .
Rindu nak berborak dengan geng sampai tanak balik rumah !
Rindu segalanyaaaaaa .



Rasa macam tanak masa tu berlalu .
Biar laaa masa tu stop saat tu .

Saat kita sedang berhoohaaa , tanpa rasa apa takut bimbang .
Saat tidak perlu berfikir yang terlalu keras subjectnya .

Rindu zaman tu weyhhhhhhhhhh !
Kalau boleh tanak biarkan masa tu berlalu .
Tanak umur kita mengjangkau banyak nombor .
Tapi apakan daya .

Sekarang ?



Terlalu jauh perjalanannya .
Terlalu banyak yang dirangcangnya .
Terlalu banyak pemikirannya .

5 tahun untuk yang akan datang .
Utara . Selatan . Timur . Barat .

Entah kemananya kita berada .
Mana mungkin seperti yang dirancang .

Jauhhhh .

Bersuamikan si tentera , berpindah randah gamaknya .
Bersuamikan si juruterbang , bersendirian jawabnya .

Tidak menentu pertumbuhannya .



Susah .
Susah untuk bertemu .
Susah untuk saling meluahkan .
Akhirnya yang terkandung , Rindu yang tak terbalas .



Our friendship status ?
May it be long lasting ever .
Never end forever and after .


p/s : susah nak cari kawan yang betul betul kawan .

Wednesday 8 January 2014

Akhiri Penantianku

Assalamualaikum saudara saudari...
cikebumm cikebummm...

Tiketik tiketuk tiketik tiketuk !
Bunyik keyboard ni haaa...
Tak reti dah nak menulis weyh . Kekok rasanya . Weeheee :D 
Sedang berusaha untuk membiasakan diri dengan menulis semula . Insaha Allah .

Cerita ni lama dah terkempam dalam gallary noktah hidupku . Acewahhhhh ! Belum ternoktah lagi . Baru bermula ceritanya . Jangan kau rasakan ini satu kemenangan yang maha hebatnya wahai saudara saudari sekalian . Mungkin ada yang dah tawu cerita ni . Takpe , cuma nak rakamkan dalam gallary usang ni buat tatapan hari tua nanti . Semoga aku tak lupa apa itu kenangan tercipta .

Alhamdulillah , syukur kepada Allah S.W.T. kerana tanpaNya kita tak mungkin berdiri tegap seperti sedia kini . Sentiasa beringat yaaa saudara serta saudari .

3 tahun bergelumang dengan pelbagai liku lekuk kehidupan sebagai seorang anak perantauan yang tak berapa nak rantau tu . Haaaaaaa . Akhirnya , penantian yang ditunggu selama ni ternyata membuahkan hasilnya .



Alhamdulillah , dapat jugak bawak orang tua kesayangan kita ke dalam dewan yang merakamkan berjuta rasa , kenangan dan kebanggaan dalam diri . Bersaksikan 2 mata dan hati . Berbajukan jubah beratapkan TOPI EMPAT SEGI *bak kata adik tu , berdiri diatas pentas sambil dinaungnya nama dan genggam sekeping sijil yang tak ternilainya .

Berpeluh tangan . Sejuk . Gigil . Debar . Seram . Sedih . Takut . 

Rasa yang ada pada setiap diri siswa dan siswi . Tak perlu kau berdalih .

Hihihihiiii :DD 

Takpe , apa yang penting ? kita semua berjaya capai apa yang kita nak . Walau masih belum puas , tapi kita dah gapai kepuasan tu walau kecil rasanya .

CONVOCATION 2013
Asia Metropolitan University
@Putrajaya International Convention Centre


Dear kawan-kawan , Thanks a lot for having beside me along the period of studying process .
Thanks for all the kindness to teach me, not just for the course but also the environment , culture and the whole thing .


Dear kawan-kawan , semoga korang berjaya dialam yang seterusnya . Kita dah naik satu tangga sekarang kita naek lagi banyak tangga . Ingat . Once kita dah kat atas , tak semestinya kita berada diatas . bersiap sedia itu penting . Semoga berjaya dalam episod hidup korang yang akan datang .


Dear kawan-kawan , tak tawu samada kita akan berjumpa lagi atau kita semua hanya tinggal kenangan . Harap ini bukan pengakhiran dunia persahabatan kita . 


Masih belum terlambat untuk aku rakamkan pada korang semua . Disini aku berdiri sebagai aku , memohon ampun andai ada khilaf antara aku dan kamu . Minta halalkan lahh setiap apa yang diberi , dari segi ilmu , makan minum . 


Lidah tak pernah berhenti berkata . Adat dunia . Terkata . Terumpat . Terkeji . Terhina . Terkutuk . Terperli . Manusia tak pernah lari dari khilaf . Walau dalam diam , aku tawu akan ada lidah yang berkata kata . Jangan sangkakan diam itu tidak berisi . 
 
Mohon ampun andai diri ini tidak memuaskan semua hati para manusia .
 
Tak lupa jugak buat semua pensyarah-pensyarah yang berusaha mendidik kami dan menanamkan isi dalam diri kami semua . Dengan berkat kesabaran tu , Alhamdulillah kami berjaya sudahhh .
 
 
Thanks a lot to MR.EB . Terima kasih atas pinjaman semangat yang diberikan . 
 
Bestnyaaaaa dah habis studyyyyyyyyyyy !!!! itu yang dinanti-nantikan sebenarnya . Tapi dalam realiti , rindunya nak masuk kelas . Normal .
 
 
Terima Kasih untuk semua . Bahagia yang tak terkata .

3 tahun lepas ni , mesti sorang ke utagha , sorang selatan , sorang ke timur , sorang kebarat . Haluan masing-masing dah tak sama dah .

Apapun , best kenal korang semua ni . Dapat belajar banyak benda .

hihihihii :DD


Pakai macam ni lagi sekali ?

Insha Allah . Kalau ada rezeki .

Maaf lagi sekali , buat gambar mereka yang takde dalam ni . Indhu , Ann , Syazalina , Kak Intan , Jays , Caroll , Ayu , Kecik , Esya , Hadi . 

 
 
 
p/s : walau rambut tak sama hitam , biar hati seragam . Kalau hati tak seragam , itu adalah ragam .