Followers

Friday 27 April 2012

surat cinta untuk jodohku :))

assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh ...

dear , jodohku ...



apa khabarnya imanmu hari ini ?
sudahkah harimu ini diawali dengan syukur ?
sebab dapat menatap kembali fananya hidup ini .
sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu ,
atas amanah yang saat ini tengah kau genggam ?

wahai jodohku ,
tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku
dengan dahsyatnya ?
disini aku ditempa untuk menjadi seorang yang dewasa .
agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan
dan siap mendampingimu kelak .
meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi ,
namun kini kurasakan diri ini lebih baek .

kadangkadang aku tertanya-tanya ,
kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku .
bahagian terapuh dalam diriku .
namun kini aku tahu jawapannya .

Allah tahu dimana tempat yang paling tepat
agar aku senantiasa kembali mengingatkan-Nya .
ujian demi ujian ,
Insyallah ...
membuatku menjadi lebih tangguh ,
sehingga saat kelak kita bertemu .
kau bangga telah memilikiku
dihatimu ...



jodohku ,
entah dimana dirimu sekarang ...
tapi aku yakin Allah juga mencintaimu
sebagaimana dia mencintaiku .
aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi
mujahid yang tangguh ,
hingga aku juga bangga memilikimu kelak .

apa yang aku harapkan darimu ialah ke-soleh-anmu .
semoga sama halnya dengan dirimu .
kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku ,
percayalah , hanya sia-sia yang kau dapatkan .
aku masih dahagakan ilmu .
namun berbekal ilmu yang ada saat ini ,
aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat
keredhaan Allah dan dirimu , jodohku ...

wahai jodohku ,
saat aku menjadi asuhan ayah dan bondaku ,
tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah .
agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat .
namun nanti ,
setelah menjadi isterimu ,
aku berharap menjadi pendamping yang solehah ,
agar kelak disyurga cukup aku menjadi bidadarimu ,
mendampingi dirimu yang soleh .

aku ini pencemburu berat .
tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai ,
aku rela ...
aku harap begitu pula dirimu .
aku yakin , kau lah yang aku butuhkan ,
meski nanti kau bukanlah orang yang kuharapkan .

jodohku yang dirahmati Allah ,
apabila sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita ,
takkan kunamakan ia dengan gubuk derita .
kerana itulah markas dakwah kita,
dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan Cinta dan Kasih .
ketika kelak ,
telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita ,
bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal ,
dengan ilmu yang bermanfaat ,
terutama dengan menanamkan pada diri mereka
ketaatan kepada Allah Ta'ala .

bunga akan indah pada waktunya .
ketika bermekaran menghiasi taman .
maka kini telah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya ,
bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku .

kini aku sedang belajar menjadi yang terbaek .
meski bukan umat yang terbaek ,
tapi setidaknya menjadi yang terbaek disisimu kelak .

wahai jodohku ,
inilah sekilas harapan yang aku ukirkan
dalam rangkaian kata .
seperti kata orang ,
tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan katakata .

itulah kini yang aku hadapi .
kelak saat kita bersama ,
maka disitulah engkau akan memahami diriku ,
sama halnya dengan diriku yang akan belajar
memahamimu ...

bersabarlah wahai jodohku ,
doaku selalu  ,
agar Allah mempermudahkan jalanmu
untuk menjemputku sebagai bidadarimu .
semoga Allah menjagamu ,
agar tak tersentuh yang bukan mahrammu .
meski hanya sehujung kuku ...
agar kau bisa mempersembahkan dirimu
seutuhnya untukku .
seperti halnya aku ,
yang ingin mempersembahkan diriku
seutuhnya hanya untukmu , wahai Cintaku ...



sini sajelah aku sudahi yurp sayangku ,
salam cintaku untukmu sayang .
semoga Allah mempermudahkan urusan dunia kita yurp ....

wassalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh ....

dari aku yang meminjam rusuk kananmu ,
Nurul Qalisyah

Tuesday 24 April 2012

susahkan nak dapat Dean List

awcakkkk !!

yeeehaaa :DDD

harini cik Qaseh rasa gembira gila yang tak terhingga . mesti ada yang tertanyatanya kenapa kan . seperti yang diuar-uarkan di laman muka buku cik Qaseh tu , bahawasanya tanggal 24/4/2012 cik Qaseh dapat result untuk semester 4 .

cik Qaseh rasa , semua orang rasa macam mana perasaan nak amek result tu kan . berdebardebar yang tak terhingga gitu .

memula tu , cik Qaseh pergi kelas pagi macam biasa je la . watlek . tapi bila dah masuk kelas petang , duduk pun tak kena . hati tu dupdap dupdap . stress woo nak belajar .

kenapa dupdap ? sebab masa tu result release pukul 2.30 petang . memang sistem manual . tak ada laman portal . so , kena la tunggu sampai peluhpeluh ketiak tunggu result tu printed .

bila dah tiba masanya ,


okeyh , slip dah depan mata . tengok je sikit dah terlonjak teruja . terus hilang dupdap tu . terus je wish "congrats :))" dekat classmates yang 4.00 tu .

result cik Qaseh tak ada la 4.00 . tapi result tu mampu membuah kan senyuman bahagia buat insan teristimewa yang nun jauh di selatan . that is my mummy .


okeyh . tu result cik Qaseh . bukan niat nak menunjuk tapi nak share .

yang numbering tu ,

1 . result semester 1 . memang rendah gila .
2 . result untuk semester 2 . okeyh , i got Dean List . mulamula tu tak tawu pun kalau 3.50 tu dean list .
3 . result semester 3 poitner agak jatuh sikit tapi mujur la CGPA kite meningkat .
4 . result yang the latest one . okeyh . perubahan yang mendadak .

syukur Alhamdulillah . cik Qaseh bersyukur sangatsangat dengan apa yang cik Qaseh dapat sekarang ni . sekurangkurangnya mampu puaskan hati kecil ni .

buat my mummy ,

mummy , ni je yang kakak termampu buat . kakak dah usaha sehabis mungkin  , dan inilah hasilnya . sorry tak dapat nak bagi hadiah mahalmahal tapi ni hadiah buat mummy . 

huhuhu . amacam ? susah tak nak dapat Dean List ?

yess . memang cik Qaseh akui , susah sebenarnya nak dapat dean list kalau kita tak ada usaha yang lebih usaha yang kuat . tapi kalau kita rajin sikit , kerah sikit tenaga tu mesti kita dapat jawapan yang berbaloi .

walaupun kita tak mampu cecah 4.00 tapi sekurangnya kita cuba . walaupun kita nampak nilainya kecil , tapi kepuasan tu besar sangat . siyez . tak tipu . cer korang try nanti .


tapi , buat yang tak memuaskan hati tu , janganlah korang sedih jangan lah korang marahkan pada result tu . cuba kita bersyukur . Insyallah kita dapat rasakan kepuasan tu .

cik Qaseh bersyukur sangat . sebab cik Qaseh mampu buat semua ni walaupun dalam jiwa yang penuh pelbagai rasa dan ujian Allah .

sekurangkurangnya cik Qaseh mampu buat walaupun cik Qaseh dah tak ada pendorong , dah tak ada inspirasi untuk teruskan perjuangan ni . tapi inilah bukti yang cik Qaseh nak tunjukkan . walaupun tak ada dia , tapi cik Qaseh still boleyh survive .

cik Qaseh nak buktikan kejayaan ni dekat dia satu hari nanti .

selebihnya , buat kawankawan cik Qaseh yang dulu pandang rendah pada kebolehan seseorang termasuk lah cik Qaseh . yess . hidup ni memang tak lari dari hasad dengki manusia dan kepuasan .

kawan yang rasa orang laen tak boleyh dapat lebih dari dia . but now , cik Qaseh nak buktikan . walaupun kita dalam bidang yang berbeza , tapi still boleyh berjaya macam mana yang dia nak satu masa dulu tu .

orang yang satu masa dulu dia hanya pandang kita sebelah mata je , tak selamanya dia berada pada tahap yang paling atas . jangan lupa orang yang dipandang rendah tu sebenarnya sikitsikit tengah mendaki untuk keatas .

so , buat korang yang masih lagi dalam dunia pembelajaran . ambillah pengalaman ni sebagai semangat untuk korang teruskan perjuangan dalam peperiksaan .

p/s : cik Qaseh kongsikan kegembiraan ni untuk sahabatsahabat cik Qaseh , untuk mummy , untuk kawankawan , untuk classmate dan my Yayang . i'll do the best for our future .

Friday 20 April 2012

baby tu chomell :))

awcakkk !!

chomell tu perkataan yang sangat comel bila terkeluar dari bibir mungil manusia apabila terlihatkan sesuatu yang chomell .

haaa . amek kau mukadimah cik Qaseh . agak-agak ada tak yang nak baling carrot ke tomato ke kat cik Qaseh ni ? larikkkkkkkkkkk !

rasuah gambar jap .


chomell tak ?

chomell kan .

geram sungguh bila terlihatkan gambar baby . walaupun baby tu bukan dari darah daging sendiri , tapi perasaan sayang tu tak pernah la pilih kaseh .

sebab tak sampai hati nak bencibenci baby ni . tapi tak tawu la kan kalaukalau ada jugak manusia yang benci dengan baby .

baby ni tak tawu apa pun . dia belajar daripada apa yang dia lihat , apa yang dia rasa .



siapa nak cari calon ibu kepada anakanak dia , cik Qaseh adalah calon yang terbaek . ecewahhhhh ! promote pulak . hehehe .

serius . cik Qaseh memang sukakan baby , budakbudak kecik tak kira lah umur berapa . lagilagi kalau budak tu pandai bercakap pandai bercerita . wooowwww ! tu lagi cik Qaseh suka . suka observe imaginasi diorang . imaginasi budakbudak ni tinggi taw . jelous cik Qaseh .

lagi satu , cik Qaseh tak payah nak mengagah budak supaya dekat dengan cik Qaseh . macam rasuah gulagula ke jalanjalan ke . haaa . sebab , budakbudak ni yang akan datang sendiri dekat cik Qaseh . berbual bercerita bergurau .



mummy cakap cik Qaseh ni ada tarikan . budakbudak semua suka kat cik Qaseh . tu cik Qaseh tak tawu la dan tak bangga pun . sebab mungkin tu kelebihan kot . kenapa mummy cakap macam tu , sebab budakbudak senang dengan cik Qaseh . kadangkadang tu cik Qaseh suap diorang makan la . pakai kan baju la . macammacam . sedangkan budakbudak tu bukan adik cik Qaseh , bukan anak cik Qaseh pun .

tapi , kalau yang baby pulak susah sikit la . sebab dia nak bawu mak dia je . nak ngempeng dengan mak dia je . baby jenis macam tu memang cik Qaseh tak berapa nak gemar la . baru pegang sikit dah nanges jeritjerit . memang cik Qaseh tak layan dah lepas tu .

lagi satu , pantang cik Qaseh dengar orang buang baby . baby tu tak dosa apa pun . kalau taknak bela meyh bagi cik Qaseh . cik Qaseh kasi didik budak tu tapi bila budak tu dah besar jangan sibuk mintak balik pulak .

jum tengok gambar si chomell :))



ni gambar si chomell yang kat atas tadi tu .
ni anak buah kawan cik Qaseh .
nama dia Annour Viexarra .
cik Qaseh suka nama dia :))
 

 chomell !!
rasa macam nak picitpicit je Xarra ni .
 


ni cousin cik Qaseh .
nama dia Luth Rizqy .
umur dalam tiga tahun macam tu la .


haaa . perenang terhebat .
ni adik Luth tadi . 
dah selamat jadi wallpaper desktop , wallpaper phone lepastu default picture FB .


she's our family stuff .
her name is STACY .
hihihi . ini chomell . dia pandai berbual .
suka melaram taw . ni kira sepupu jugak la dengan cik Qaseh .
nama dia Iman . panjang nama dia . tap tak ingat .
umur die 5 tahun .


okeyh . ni pun cousin cik Qaseh jugak .
nama dia Ahmad Dhurani , kitorang panggil dia Ahmad Dhurah .
hhihihi .
Amad ni takut dengan orang . 


i LOVE you la Amad !!


ni Izz Muhaimin .
Izz ni abang kepada Amad tadi tu .
umur dia 5 tahun .
ni pun penakut dengan orang jugak .


cicit-cicit Neyang (moyang)
diorang ni pandai sangat bercakap bercerita taw .

okeyh . next gambar yang bersifat keibuan . yang boleyh jadi rebutan untuk dijadikan menantu tak pun isteri mithali .

wanna be Mama Qaseh :))


with my beloved Luth :))


ni anak buah pakcik .
nama dia Ayu . tak tawu pulak nama penuh dia .
Ayu ni masa kecik , dia datang dekat cik Qaseh duduk makan samasama mintak suap .


ni anakanak orang .
ni jadi cikgu Qaseh dekat event tadika .


cikgu Qaseh ke ibu Qaseh ni ?
ramai tak anak kita ?
chomell kan ?
 

yes !
cikgu Qaseh dengan Aisyah .
chomell kan duadua ?
hihihi


okeyh . 
ni la Sweety Pie cik Qaseh :))
nama dia Haikal .
bijak taw Haikal ni .
jangan jelous taw . cik Qaseh dapat kiss dari Haikal .
i LOVE you Haikal !
mwahhhh !

amacam ? layak tak nak buat menantu pilihan ni ? hehehe .

ni gambargambar cik Qaseh dengan baby yang dah besar la . kalau yang baby baru lahir tu , macam risau je cik Qaseh nak angkat . sebab cik Qaseh tak berani , baby baru lahir ni kan lembut lagi . tapi , insyallah bila dah bergelar ibu , automatik mende tu kita boleyh buat .

bila tengok budakbudak chomell ni , bila tengok babybaby . terasa macam nak baby jugak !! nak ciumcium gomolgomol pipi baby kita sendiri . waaaaa ! mummy ... tolong kakak ... hehehe

sayang ! jum nikah . 

wahai jodohku , akanku perbetulkan diri ini untuk menjadi seorang isteri yang taat dan menjadi seorang ibu yang penyayang dan bijak mendidik anakanak kita . anakanak kita lah jalan kita menuju ke syurga sayang . wahai jodohku , kau kuatkan lah imanmu dan kesabaranmu untuk membentuk dan membimbing sebuah keluarga diatas landasan yang lurus . wahai jodohku , aku amat menyanyangi dirimu dan mencintai dirmu sepenuh hatiku .

waaa ! semakin lama tengok gambar baby ni semakin banyak pulak rasa nak ada baby sendiri . 

okeyh . ayat diatas merupakan ayat hypothesis yurp . boleyh guna untuk exam . hehehe

p/s : sesungguhnya , anakanak sukan kan manusia yang berhati mulia dan bersih :))





Thursday 19 April 2012

kipas susah mati !

awcakkk !

yeay ! hari ni bersemangat nak menghupdate seperti semangatnye cik Qaseh buat presentation tadi . so , semua presentation tadi okeyh je . sir cakap "i'm satisfied with your job , with your effort."

waaaa ! bukan ini sebenarnya yang hendak dibebelkan .

cik Qaseh nak bebelkan pasal kipas susah mati . okeyh . kipas susah mati ni dalam bahasa melayu tapi dalam bahasa inggeris dia kita kenal sebagai hard die fans .

okeyh . cerita ni agak lama la cik Qaseh peram , ingat nak buat jadi pekasam . tapi tak jadijadi jugak . sebenarnya cik Qaseh dah lama nak share pasal ni , tapi banyak kekangan pulak kan . tu la the barriers in the blogging world .

okeyh . haritu cik Qaseh dalam kuliah sir HANDSOME taw . waaa ! ini first time dapat lecturer handsome taw . okeyh , continue .

haritu sir HANDSOME ada buat , macam mana kawankawan menilai kawankawan laen . so dia panggil sorangsorang dekat depan , lepastu kawankawan yang laen tulis komen atas satu kertas .

okeyh , masa tu turn cik Qaseh taw . lepas cik Qaseh ceritacerita pasal cik Qaseh , tibatiba sir HANDSOME ada soalan untuk cik Qaseh .

"umur berapa kamu mula minat pada seseorang? bukan artis ."

okeyh . the answer is Form TWO , sir .

ceritanya ,



ni lah dia jejaka pilihan cik Qaseh . lelaki yang cik Qaseh minat tahap gila . ni gambar dia dah abis sekolah la tapi . gambar kitorang samasama dulu dah hilang . sayang sangat . tapi nasib baek no dia tak hilang .

okeyh . nama dia Meng Seng a.k.a. Lim Meng Seng . tapi dia suruh cik Qaseh panggil dia Minsen . okeyh boy :))

yes . dia cina . yes . cik Qaseh minat dekat orang cina . yes . saya tawu .

masa tu , dekat hujunghujung tahun la cik Qaseh mula terpandang dekat dia lepas tu jatuh hati terus . kira macam cinta pandang pertama la gitu .

lepastu , cik Qaseh mula excessive admiring him star form three . sebab masa tu form three dah sesi pagi , so boleyh la tengok dia harihari kan .

dia memang sangat chomell dan sangat awesome . dulu rambut dia bentuk V kat depan . macam budak nakal . serius chomell .


bila cik Qaseh cakap dekat dia , "hao ke ai yo :))" nanti dia jawab , "mana ada la :DD" .

okeyh . sumpah dia chomell sangat . dia fasih je cakap melayu .

bila cik Qaseh jumpa dia ke terserempak ke , mesti ayat tu yang terkeluar dari mulut ni .

tengok gambar tu , chomell je . gigi die tu aset taw . jatuh hati sama itu gigi . lagi chomell bila time dia makan . kembung pipi dia . dia suka makan mee .

lepastu , cik Qaseh suka sebab dia macam budak melayu . kan kalau dekat sekolah budak melayu lelaki suka kecik kan seluar kat bawah lepastu londeh je . yang cina pulak suka pakai seluar kembang bawah . haa . Minsen ni pakai macam budak melayu . tapi baju die sentiasa tight in walaupun dah abis kelas . lepas tu tie die pun sentiasa tied up . chomell . dia macam nerd je .

lepas tu , dia suka maen bola sepak . dia tak berapa layan sangat la basketball , tapi die pemaen basketball jugak . handsome . lagilagi bila peluh die kuar . dah la pakai singlet . handsome !!

lepastu , cik Qaseh mula textingtexting sama dia . selalu cakap "i love you , Minsen!!" . lepastu dia pun layan jugak la kengkadang tu . hahaha . chomell .

jum cuci mata ,


 *the sexy boy*


*the makan king*


*HANDSOME*


 *FOCUS*
 

*yeay! PIRATE*

sekarang , dia dah jadi artis and sekarang ni dia ada dekat Taiwan . woowww ! untung la u kan Minsen .

okeyh . dia dah ada gurlfie okeyh . sangat sweet . dia proposed gurl tu . tepi kolam . lepas perform theater kot . chomell sangat . jelous kita taw .

tapi sekarang , perasaan minat tu dah kurang kot . dah tak tergila macam dulu .

yee haaa !!

haaa . keyh la . sampai sini je la cik Qaseh cerita . GTG .

daaaa :))

p/s : berminat hanya sekadar berkawan bukan untuk memiliki :))

Monday 9 April 2012

a story by the sand

awcakkk !

cik Qaseh nak tanya ni , korang selalunye bercerita dengan cara yang macam mana ?

cik Qaseh rasa , keramaiannya suka meluahkan dekat blog kan selain bercerita dekat kawankawan , family and etc .

lepas tu ada yang meluahkan dengan katakata yang dibina menjadi sebuah puisi la , sajak la , pantun la tak pun lagu .

kalau cik Qaseh , tak ada seni la nak men-SASTERA-kan diri . maen tulis je la pakai sedap hati . hahaha . boleyh gitu ?

tapi kali ni cik Qaseh nak share , ada bakat yang sangat awesome .

credit for : Ilana Yahav .

dia berbakat melakar kan kisah dengan pasir ataupun nama omputih die , Sand Art .

nak tengok ?

okeyh , pause dulu lagu kite . lepastu tengok ni :

korang cuba fahamkan maksud cerita yang dia sampaikan okeyh .

"Let's get together and make the world a better place"



 "Sometimes dreams do come true..."



 One day he will appear, real as life, bringing you your every wish...


 "You've got a friend."



"You are not alone. You've got a friend, who will help you through your pains and sorrow and will always be at your side..."


"Just Imagine.."


"Imagine all the people living life in peace...
You may say that I'm a dreamer but I'm not the only one
I hope someday you'll join us and the world will be as one..."


"LOVE"


"Love is everything..." 



haaa . acane ? kagum tak korang ? korang boleyh ke buat ? cantik kan ? 

tu la kebesaran Tuhan kan . setiap orang Dia bagi bakat tersendiri . tapi tu la , manusia kadangkadang tak sedar . tapi , bila dah sedar ada bakat terpendam tu , jangan pulak disalahgunakan . 


p/s : Allah cipta setiap manusia tu sama tapi tersimpan satu keistimewaan yang rahsia dalam diri .

Thursday 5 April 2012

my HATI was taken by ?

awcakkkk !

assalamualaikum jodohku :)
insyaAllah , kita akan dipertemukan dan disatukan .
berdoalah wahai sayangku juga cintaku .
akan aku mencintai dirimu juga menyayangimu sepenuh jiwaku .



indahnya katakata dunia kan . hebat betul mukadimah cik Qaseh kali ni . entah dari mana datangnya sifat jiwangjiwang ni pun tak tawu la . asyik bermadah je .

by the way , cik Qaseh nak cerita ni .

fill in the blank : my HATI was taken by ________ .
nota kaki : my HATI means HATI cik Qaseh taw bukan hati korang pulak .

okeyh . sebelum ni , cik Qaseh tak ada cerita sangat pasal hati ni . bukan tak ada la , cuma tak berapa nak banyak je .

mana yang selalu stalker blog cik Qaseh ni , dia tawu lah kot ceritacerita cik Qaseh ni . cerita jatuh bangkit cik Qaseh .

now , my HATI was taken by HIM . siapa dia tu , biarlah rahsia .

actually , lama dah dia declare tapi cik Qaseh rasa macam takut . takut lagi untuk bukak pintu hati ni . takut cik Qaseh kecewa lagi . sebab cik Qaseh pun taknak dia kecewa satu hari nanti .

tapi dia terus jugak berusaha untuk beli hati cik Qaseh ni . sesungguhnya , tak ada jual beli hati .

lama jugak cik Qaseh nak buat keputusan tu . sebab cik Qaseh mintak diberi petunjuk dari Allah , adakah dia yang terbaek untuk cik Qaseh .

bila dia datang lepastu dia pergi , cik Qaseh ada rasa macam something dalam hati ni . rasa macam , sayangnya cik Qaseh pada sesuatu tapi tak tawu 'sesuatu' tu apa . kosong .

entah macam mana , tibatiba ada terasa rindu dekat dia . rindu tapi cik Qaseh diamkan je . takut maenan perasaan je . lepastu cik Qaseh mula sayangkan dia , tak tawu kenapa . masa memula tu rasa macam tak selesa lagi dengan dia , tapi lamalama tu macam dah selesa la . lepastu macam dah boleyh terima dia . tak tawu la maenan perasaan ke ape ke kan .

bila jumpa , cik Qaseh mesti akan tersenyum je tapi banyak diam . maybe perangai cik Qaseh yang dulu dah datang . sifat pendiam dah menular dalam diri . nak buat macam mana kan . so , dia lah banyak bercerita itu ini . tapi , cik Qaseh suka dengar dia bercerita . tak kisah la cerita apa pun . kadangkadang jadi tukang gelak untuk dia . boleyh ke macam tu ? hahaha .

tak banyak yang cik Qaseh kenal tentang dia sama jugak dengan dia . tapi slowly kitorang akan kenal each other mengikut peredaran waktu .

2nd April 2012 . ingat taw . kasi highlight sikit . cik Qaseh terima dia dengan seikhlas hati cik Qaseh . tak tawu nak cakap macam mana . tak terpaksa pun .

tapi masa tu dia cakap cik Qaseh tipu dia . nak buat macam mana kan , cik Qaseh tak tipu pun . mungkin dia tak rasa lagi kot keikhlasan dari cik Qaseh .

sokeyh .

dia ada cakap dekat cik Qaseh , "i harap you tak kecewakan i."

tu la yang I takut sebenarnya You . I takut I kecewakan You ataupun You yang kecewakan I .

tapi dia cakap , "you cuba okeyh?"

cik Qaseh angguk je . takut nak suarakan apa-apa . takut cik Qaseh tak boleh je .

lepastu , sebelum cik Qaseh type entry ni kan , cik Qaseh jumpa dia sekejap tadi . buat lepaskan rindu dalam hati dia tu . padahal baru tiga hari je tak jumpa dah rindu sangatsangat dah katanya . kelakar la dia tu .

by the way , cik Qaseh harap sangat dia lah yang terakhir dan cik Qaseh adalah yang terakhir untuk dia . mungkin dia bukan yang terbaek tapi kita cuba untuk yang terbaek . andai benar ini jodoh kami , dekatkanlah hatihati kami .

heyh ! ape cik Qaseh mengarut ni . adoiiii .

mesti korang nak tawu kan siapa gerangan yang curi hati ni . korang boleyh add facebook cik Qaseh bagi yang belum add . lepastu tengok dekat wall cik Qaseh . kalau ada macam lovelove ke sayangsayang ke , tu lah dia gerangan nya .

erm . nanti cik Qaseh cerita lagi pasal dia keyh . nak cerita ni pun nak kene mintak persetujuan dia jugak . mana tawu dia tak suka kan . ngeee ~

dah la . penat mengarut sesorang ni . dah pukul 2.00 pagi . nak tidur sudah .

" I LOVE YOU just for you :)) "

p/s : cuba untuk tak mengecewakan .

Wednesday 4 April 2012

NUR dari Shah Alam

awcakkk !!

NUR yang berkelipan menerangi ruang hidup hambaMu .
NUR yang indah menusuk nakuri jiwa ku .

erk ? dah tak ada ayat dah . guana ? ada sesiapa sudi sambung kan tak ?

sesungguhnya cik Qaseh memang tak pandai dalam bab-bab sastera ni . tapi kekadang tu jiwang . adakah itu berjiwa sastera ?

dah la . straight to the point .

hari tu cik Qaseh pergi I-City . bawak housemate cik Qaseh yang gila lagi senget tu . jadi malam tu kitorang ni merempat la sebab tak boleyh masuk hostel dah .

mesti ada yang cakap cik Qaseh jakon sebab pergi I-City je pun nak kecoh . nak guana , dah tak pernah pergi . maklum lah , anak jati Johor . alaaa . tak heran pun . sebab haousemate cik Qaseh tu pun tak pernah pergi . lagi la diorang tu memang duduk dekat selangor ni .

so , berbekalkan jurugambar yang tak profesional ni kitorang snapsnap la .

#1


 - baru sampai -

#2


-test camera dulu -

#3
 

 - malumalu dulu , pose sebalik pokok -

#4


-dah tak malu sangat -

#5
 

- tengah fikir pose apa nak buat -

#5
 

- taraaaaaaa ! -

#6
 

- yes ! ther is me :) -

#7
 

- ni yang paling cik Qaseh suka -

#8
 

- dah selamat jadi DP facebook -

#9
 

- tak tawu nak amek gambar dekat pokok mana -

#10
 

- muka penat posing -

#11
 

- buatbuat macam steady je -

#12

- my KEMBAR -

#13
 

- sambil pose sambil tahan mata dari collapse -

#14
 

- itik tu patah kaki , ciann -

apa-apa pun , memang enjoy sangat kitorang dengan lampulampu yang warnawarni . terima kasih buat pemandu pelancong kerana sudi bawak kami pergi sini . terima kasih kepada jurugambar yang tak professional kerana meng-offer-kan diri untuk snap gambar kitorang .

so far , tu je la cerita untuk entry kali ni .

p/s : NUR sentiasa bercahaya , cuma manusia yang lalai dengan dunia dan manusia .

tulisan dari hati bernama TEMAN ^_^

awcakkk !

assalamualaikum . waaaaa ! agak kelamaan jugak kan cik Qaseh tak menghupdated cerita . btw , Happy April boys and gurls . pejam celik pejam celik dah masuk bulan April kan . tapi yang pejam tak celikcelik tu , al-Fatihah .

entry kali ni cik Qaseh nak share satu cerita dengan korang . cerita tu tulisan dari hati seseorang yang bernama TEMAN . cerita ni kisah benar kehidupan seseorang . jangan risau , cik Qaseh dah mintak izin dah dengan tuan punya cerita . sebab cerita ni pun dia sendiri yang tulis .



okeyh , stop mengarut .

pesanan cik Qaseh , bila baca jangan kamu titiskan airmata jangan kamu bersedih . tapi sedekahkan sebuah al-Fatihah untuk seseorang tu .

**********


2 April 2012
CERITA KAU DAN AKU

30 Mac 2012
Sabtu '  3.06 PG
 Mataku entah kenapa tidak mahu tidur . Dalam aku termenung tiba-tiba hatiku sayu dan pilu .. entah kenapa aku terkenangan masa-masaku bersama arwah .. Terlalu banyak kenanganku bersamanya . Setiap hari kami bersama .

  27 JAN 2010
RABU ' 8.48 MLM 
Zee on the way pulang rumah. . Tiba-tiba tergerak hatiku nak tolong kereta honda berwarna putih yang tersadai kat tepi jalan . Bila Zee tengok , Zee nampak seorang wanita yang comel , sopan santun , ayu yang dalam ketakutan . Dia meminta tolongku kerana keretanya tayar pancit . dia dalam kekusutan dengan dia tak tahu apa-apa tentang kereta . Bila tengok memang kesian . Bila di tanya dia diam sahaja . Mungkin dia takut kot . so , Zee pun call my friend minta tolong .

selepas beberapa minit , keretanya pun dah siap . Dia ucapkan terima kasih padaku dan kawanku . Dari situ la bermulanya Hazirah Kasim berkenalan dengan Tengku Puteri Nurul Huda Dato Ismail . Dan saling bertukar nombor hp .

30 JAN 2010
SABTU ' 5.07 PTG 
Masa tu zee sedang kerja tiba-tiba seorang wanita cari ku . Bila tengok rupanya Nurul , melambai ku dengan senyuman manisnya . Nurul ajak Zee minum petang lepas kerja . so , dengan tak pikir panjang selepas habis kerja , kami pergi minum petang di kedai berdekatan tempat kerjaku . Disitula kami semakin rapat dan semakin mengenali budi masing-masing . Kami berkawan dan terus berkawan . Dalam sebulan tiba-tiba Nurul kena bertugas ke Sarawak untuk beberapa bulan sebagai guru gantian..hatiku mula rindu sebab Nurul dah jauh dengan Zee , begitu juga Nurul . Mula rindu padaku . Tiap malam mesti bergayut , tengok line kat Sarawak gak . kadang-kadang ade kadang-kadang tak de .

19 FEB 2010
JUMAAT ' 10.00 PG 
Masa kami bergerak ke Putrajaya untuk berjumpa keluarga Nurul . Sepanjang perjalanan selama 2 jam lebih , fikiran ku kusut . Diriku dalam ketakutan kerana pertama kali Zee berjumpa ahli keluarga Diraja . Tak tahu la apa yang patut zee cakap nanti , otak terlalu kusut kerana takut . Nurul hanya ketawa tengok Zee dalam ketakutan . Dalam pukul 1.00 petang , kami sampai rumah Nurul . Wahhh!!! Tersekam indah bangunan 3 tingkat . Dikeliling taman yang menghijau . Kolam ikan yang bersih dan keadaan rumah yang tenang bagaikan di kampung . Di garaj terhias 4 biji kereta mewah , honda , toyota , nissan dengan 2 superbike . Sungguh mewah sehinggakan Zee tak berani nak keluar dari kereta sebab ternampak ahli keluarga Nurul di depan pintu . Sungguh menakutkan .

Ku disambut dengan mama & papa Nurul dengan penuh kesopanan . TerharuNYE :) Zee dibawa ke bilik tetamu untuk berehat . Bilik yang bersih dan cantik , terpesona ku melihat kemewahan yang Nurul ada . Bila di pikirkan layak ke Zee berkawan dengan anak tengku?? Takut juga family Nurul tak terima Zee . Alhamdulilah semua terima zee seadanya . Happy juga walaupun 2 jari je luangkan masa dengan family Nurul . Happy je tengok Nurul manja-manja dengan ahli keluarganya . Jeles gak . heheee . Dalam beberapa bulan kemudianku semakin rasa selesa dengan keluarga Nurul yang tak sombong dan tak menunjuk-nunjuk .

21 JUL 2010
RABU' 
Zee dapat berita Nurul tak sihat , Nurul akan di bawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dapat rawatan di sana . Zee yang di melaka tak tentu arah . Berani ambil risiko ponteng kerja semata-mata nak jumpa Nurul . Bila sampai Kuala Lumpur , abang Nurul yang sulung Tengku Naim ambil Zee di Puduraya terus ke Hospital Pantai di Bangsar . Sedih tengok Nurul yang terlantar dikatil . Doktor cakap Nurul perlukan darah merah sebab Nurul kurang sel darah merah . Kebetulan darah ku sama dengan Nurul , Zee dermakan darah kat Nurul . Tak kisahla janji kawan sihatkan . Alhamdulilah dalam 3 hari Nurul dah ok dan boleh keluar wad . Disebabkan family Nurul risaukan dirinya , papanya berbincang dengan Pengarah Pendidikan untuk pindahkan Nurul ke Malaysia dan Nurul dapat sekolah di Melaka . Yeahh ! Dah dekat dengan Zee . Selepas pindah Nurul duduk di Villa milik abang Naim . Kadang-kadang Zee pun duduk sekali kat Villa tu . Saje nak teman Nurul . Kami happy sangat-sangat . Ape-apa mesti Nurul cari Zee . Kami bagaikan kembar , ke mana pergi mesti berdua . Happynyeee... Villa 2 tingkat dengan taman yang cantik , memang sesuai untuk puteri berteduh . Hehee ...

14 SEP 2010
RABU’ 6.30 PTG
Lepas penat berkerja kami suka luangkan masa di taman depan Villa dengan dihidangkan teh panas , sambil hirup teh sambil melukis . Itulah hobi kami . Suka luangkan masa dengan melukis , baca buku dengan berkebun . Persamaan kami memang banyak . Terasa macam kembar . Ada 1 bilik di villa dijadikan bilik pameran lukisan kami . Sweet kan ? Nurul suka lukis binatang dan orang , Zee pulak suka lukis kartun , design baju . Kadang-kadang Zee lukis design baju untuknya . Sweet tengok Nurul pakai designku . Malam tu masa tengok tv , nurul tiba-tiba  cakap "apa-apa jadi kita  tak kan terpisah . Tu janji kita tau."

Tempat kami bercerita ...

14 NOV 2010
 AHAD ­'
HAPPY BIRTHDAY TO YOUU NURUL
Satu hari suntuk kami habiskan masa dengan family Nurul . Sambut birthday girl kt MCD DATARAN PAHLAWAN . Candy sana sini bagaikan artis . Huhuu . Shopping memang hobi kami , memang seronok . Memang tak ingat nak balik rumah . Zee hadiahkan Nurul 1 set minyak wangi kesukaan dia ‘Padini ’ .

6 DIS 2010
ISNIN ‘ 6.30 PTG
TERIMA KASIH NURUL SAMBUT HARI JADIKU . Terharu gile . Nurul hadiahkan Zee sepasang jam . Sama dengan dia punya . Tak terkata-kata mulut ku dapat jam mahal . Rasa macam tak layak je nak pakai . Heheee.. Apa-apa pun terima kasih sahabatku .

28 JAN 2011
JUMAAT ‘ 10 PG
Kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah Nurul . Lagi sekali Zee dilayan istimewa dari ahli keluarganya . Mama & papa layanku bagaikan anak sendiri . Nurul ni manja dengan family , dengan zee pun manja-manja . tak ape . Zee tak kisah . Hehee.. Esoknya majlis pertunangan Tengku Puteri Nurul Huda dengan Tengku Haris Danial . Majlisnya sederhana sahaja . Buat kat rumah . Puteriku sungguh cantik dengan gaunnya , tapi hati?? Aku tahu hatinya menangis . Alangkan Zee punyai kuasa , akan Zee halang pertunangan tu . Tak sanggup tengok sahabatku dipaksa tunang demi nama . sedih tauu...

6 MAY 2011
JUMAAT ‘ 3.00PTG
Nurul call Zee dengan suara nangis , suaranya tengelam . Ini bukan nangis biasa , ni mesti yang betul-betul buat dia sedih . Tergesa-gesaku pergi ke villanya . Dia peluk ku dengan nangis . Nurul cakap Tengku Haris meninggal dunia akibat excident , angkara buatan orang . Sungguh ku tak percaya , baru 4 hari yang lepas dia datang melaka . Makan masa sebulan Nurul nak sembuh dari lukanya . Nurul diamkan diri , kurung diri . Alhamdulilah dalam sebulan Nurul kembali semula . Nurul kuatkan hati untuk terima semua ni .

14 NOV 2011
HAPPY BIRTHDAY NURUL... Tapi kali ni tak dapat nak sambut coz Nurul dengan family dia sambut kat Paris . Apa-apa pun Nurul tak lupa padaku . Nurul belikan coklat , minyak wangi , kasut and hadiah kecik-kecik . Terima kasih sahabat ...
 
22 DEC 2011
KHAMIS’
Kenapa hatiku tengok Nurul lain macam . Kenapa ? Kenapa keadaan dia tak macam dulu . Kerap sakit . Nurul hilang selera nak makan , badan dia makin kurus . Bila di tanya ,cakap penat mengajar . Zee pernah cakap ambil MC . Rehatkan badan tu tapi dia ni degil , semakin hari semakin risau tengok dia .

5 JAN 2012
KHAMIS’
Tiba –tiba Nurul call dengan suara nangis . Mula la diriku ketakutan . Nurul cakap dadanya sakit sangat . Sesak nafas . Zee tak kira tengah kerja ke tak , terus dapatkan dia . Bila sampai , Zee terus dapatkan dia dan terus peluk . Badan dia dah mengigil , sesak nafas . Zee terus bawa ke Hospital Pantai . Doktor cakap paru-paru Nurul makin teruk . Nurul kene buat rawatan . Terduduk menangis  dengar doktor cakap macam tu . Dalam fikiran ku hanya fikir family tapi Nurul tak nak family dia tahu . Zee terkejut Nurul melutut depanku merayu jangan bagi tahu family dia . Nurul sendiri akan bagi tahu familynya . Zee terus peluk Nurul . sebak hatinya , sebak lagi hatiku . Aku tak sanggup kehilangan dia . Zee berjanji akan jaga Nurul hingga akhir hayatku . Sikit demi Sikit Zee kumpul duit demi rawatan Nurul...dengan harapan sahabatku ni sembuh semula .

12 FEB 2012
AHAD ‘
Semakin lama semakin lemah diriku lihat keadaan Nurul . Masa tu Zee senyap-senyap call abg Naim dengan akak Nur . Suruh datang ke villa . Nurul dah jatuh sakit . Zee dan abg Naim paksa dia buat rawatan . Nurul cakap dia tak nak susahkan Zee dan family . Depan Nurul , Zee cakap "demi Nurul berapa mahal pun tak ape . Janji Nurul macam dulu semula . Nurul dah janji nak pergi holiday dengan Zee kan , nak tengok matahari terbenamkan , lepas tu kita lukis laut . Nurul dah lupa janji kita?" Zee tengok Nurul senyum dalam kesakitan . Zee tak sangup , Zee lari ke dapur , terduduk nangis ku dibuatnya . sebak hatiku . Zee hanya nak sahabat ku sihat seperti dulu , Zee sanggup jual apa yang Zee ada . Janji Zee nak Nurul sihat ..

18 FEB 2012
SABTU’
Sungguh Nurul tak sangka ada orang nak berkenalan dengannya . Namanya Mohd Harith Fadzellah . Orang Johor . Umurnya 23 tahun . Boleh tahan juga , sekali lagi ku tengok Nurul happy . Sejak Nurul berkawan dengan Aris dia semakin kuat untuk lawan sakitnya . Dia semakin berselera nak makan . Kalau balik keje dari luar dah dengar suara dia jerit "laparnyaaa!!!" Hahaha.... comel . Sory sayang time tu Zee terlambat masak (Zee la tukang masaknye) Hehee.. Bila sama-sama cuti kami buat cupcake . Tengah leka main tepung , cupcake Nurul dah hangit . Heheheee.... Apa-apa mesti hangit la , rentung la . Hehehee... Happy sangat dia kembali seperti dahulu walaupun kadang-kadang dia sakit . Nurul memang tak pandai masak . Hehee.. :P

1 MAR 2012
KHAMIS’ 3.00PTG
Tiba-tiba Nurul jatuh sakit semula . Entah kenapa dia terus down . Semakin teruk . Bila dengar suara dia lain macam . Zee terus pergi dapatkan dia , Nurul nangis menahan sakit dadanya . Nak bawa ke hospital tapi Nurul tak nak sebab kesiankan Zee . Katanya Zee dah banyak keluarkan duit untuk dia . Zee tak kisah semua janji Nurul sihat . Aku hanya mampu peluk Nurul dan rasakan kesakitannya . Air mata mengalir di pipi ku melihat sahabatku yang terjalin selama 2 tahun ni menjerit menahan kesakitan . Ya Allah ,  kalau boleh engkau bagila ku rasa kesakitannya . Agar dia tidak rasa sakit . Ya Allah kalau boleh ku sanggup ambil sakitnya dari tengok sahabatku menahan sakit , kalau boleh sembuhla panyakitnya ringgankan la rintihannya , ku tak sanggup melihatnya , aku tak sanggup mendengar jeritannya .

Belah Petang kami pergi lihat matahari terbenam kat Bandar Hilir , dengan bunyi geseran daun-daun , bunyi angin yang mendayu-dayu , keadaan yang damai dan tenang . Tiba-tiba Nurul rebahkan kepalanya di bahu ku dan dia berkata ;

"Zee boleh tak berjanji dengan Nurul . Boleh tak Zee menyamar jadi UMI Aris?? Nurul dah sakit tak dapat nak tahan lama . Nurul tak nak Aris sedih kalau Nurul dah pergi . Pleaseeee .. Demi hubungan kita ni , Nurul dah banyak terhutang budi kat Zee . Masa itu air mataku mengalir dan ku kata "ya" tanpa ku sedari . Zee lihat Nurul tersenyum dan ucapkan terima kasih ...

Bermulanya Zee menyamar menjadi umi Aris . Messej ,chat facebok , MMS , call semuanya suaraku . Maafkan aku Aris kerana berbohong . Semakin lama semakin rasa tak selesa nak berbohong lagi , rasa nak bagi tahu yang sebenarnya tapi ku dah berjanji dengan Nurul . Terpaksa batalkan niatku . Nurul makin sakit , terbaring melawan sakitnya . Zee tak sanggup tengok dia macam tu . Zee ambil keputusan nak hantar Nurul pulang ke pangkuan keluarganya , akan ku tunaikan impiannya yang ingin berakhir bersama keluarganya ..

26 MAR 2012
SABTU ‘ 8 PG
Time aku pulangkan puteri ke Istana Maharani di Kuala Lumpur , setelah sampai Zee terus bawa Nurul ke kamar beradunya . Kami baring sama-sama . Kami sempat bergurau senda , berbincang tentang bisnes ku . Nurul bagaikan PENDENGAR SETIAKU , PENASIHATKU , KAKAKKU , TIANG KU BERDIRI , SEMANGATKU . Dia la segalanya . Tanpa dia diriku akan lemah , dalam ketawa dia rebah di pangkuanku . Nurul cakap ;

"Zee , Nurul sayang Zee sangat-sangat . Zee la kawan . Zee la adik Nurul yang sentiasa bersama . Susah senang Zee sanggup dengan Nurul . Kalau pun kita berlainan darjat tapi kita tetap kawan sampai mati kan?"

"Yup , kita kawan sampai mati..."

Dalam cakap-cakap Nurul terlelap di pangkuanku . Aku kucup dahinya . Aku salam tangannya sebelum Zee pulang ke Melaka . Zee tetap menyamar sebagai umi Aris . Demi sahabatku . Demi janjiku kepadanya ..

27 MAR 2012
SELASA’
Zee dapat panggilan dari Nurul . Suaranya tengelam timbul , kadang-kadang tersekat-sekat sebab dia nangis . Bila dengar dia nangis , Zee pun turut nangis . Katanya , dia rindu pada ku . Insyaallah Zee akan datang . Jangan risau ea akak Nurul . Kejap lagi Zee datang la ..(zee saja nak hiburkan hatinya...)

28 MAR 2012
RABU’ 11 MLM
Nurul dah ade kat Hospital Pantai . Pukul 3 nanti dia nak bedah . Family dia semua ade cuma papa dia yang on the way pulang . Hampir pukul 12 , Zee paksa Nurul bercakap dengan Aris . Nak tak nak Nurul kena gak berbual dengan Aris . Dengan muka merajuk dia call Aris . Hahahaa.... Panjang muncung dia tauu Aris . Dan bermula perbualan pasangan bercinta . Hehee.. jeles pulak . Hahahaa.... Kadang-kadang dengar dia ketawa ,lepas tu nangis pulak . owhhh .. Aris buli la tu kot . Hahaha... Pukul 1 , selepas doktor cakap Nurul stabil , Nurul akan ditolak masuk bilik bedah tapi Nurul tak nak . Dia nak tunggu papa dia . Atas nasihat abang-abangnya pukul 1.30 pagi , Nurul masuk bilik bedah . Sementara itu kami sembahyang hajat . Tunggu dari 1.30 – 5.55pagi . Nurul selamat di bedah dan keadaan dia stabil dan terus masuk wad ..

29 MAR 2012
KHAMIS’ 7.59 PG 
Alhamdulilah Nurul sudah sedar , cuma masih lemah dan tak mampu nak bercakap sangat . Tapi bila dia sedar sahaja , dia nak call Aris dulu . Setengah jam lepas Nurul call Aris , tiba-tiba Nurul tak sedar diri , terus tolak ke ICU sebab nafas Nurul tak stabil . Pukul 11 tu , doktor bagi tahu , boleh panggil saudara mara , ahli keluarga yang lain . Nurul dah tak dapat bertahan lama . Lepas dengar doktor cakap , mama jatuh terduduk dan pengsan . nafas ku sesak , dadaku sakit . Tiba-tiba nak rebah tapi ditahan akak Nur . Menangis aku di sudut , hatiku hancur , hatiku dihiris . Tak mampu nak berkata-kata apa-apa . Fikiran ku melayang , hanya dengar suara akak Nur yang sayup . Aku kuatkan diri . Zee lap air mata . Zee tak nak nangis depan Nurul . Nurul berbisik padaku ..

"zee ingatla pesanan akak ya . Akak tak nak hubungan 2 tahun tu terputus bergitu je . jaga amanah , sampaikan hajat akak nurul..."

Insyallah akak Nurul , Zee tetap akan tunaikan kata-kata akak .

Lepas tu sorang demi sorang keluarganya di kelilingnya . Aku hanya tengok dari jauh . Aku tak sanggup tengok Nurul hembuskn nafas terakhrinya . Dalam time azan zohor Tengku Puteri Nurul Huda telah pergi buat selamanya . Di tangan ku ada 2 pucuk surat . Amanah arwah untuk ku . Sebak dada ni nak buka dan baca surat itu . Kata-kata terakhir arwah...

"Zee , salam terakhir buatmu . Nurul sentiasa sayangkan Zee . Nurul sentiasa disisi Zee bila senang atau susah . Kuatkan semangat untuk akan datang . Terima kasih selama 2 tahun ni , terlalu banyak pengorbanan Zee buat untuk Nurul . Harap suatu hari nanti Zee jumpa seseorang yang baik budi perkerti , yang boleh jaga Zee . Orang sebaik , semulia Zee ni hanya untuk orang baik . Teruskan hidup ni walaupun Zee tak ade tempat berlindung , tak ade tempat mengadu , tak ada tempat bermanja . Insyallah , Nurul yakin Zee boleh . Jangan nangis-nangis tau . Kalau rindu Nurul , sedekahkan al-quran tau . Tenang Nurul kat sana nanti . Tolong jaga family Nurul . Anggaplah mereka family Zee ea . Zee boleh janji tak? Boleh tak tolong jaga Aris untuk Nurul . Nurul tak nak terputus hubungan macam tu je . Kalau boleh biarlah Zee tahu keadaan dia macam mana . Nurul tak nak dia sedih-sedih . Seksa Nurul nanti . Kirim salam sayangku pada keluarga mu . Insyallah kita akan berjumpa lagi..assalamualaikum sahabatku.."

Selepas baca surat tu , aku tak ingat apa-apa sebab Zee pengsan kerana tekanan darah ku kurang . Esoknya Zee poskan surat untuk Aris di Johor . Alhamdulilah surat arwah dah sampai ke tangan Aris . Telah ku tunaikan amanah mu Nurul ..

29 MAR 2012
JAM 1.24 PTG
Semasa Aris nak ke masjid untuk solat zohor , Kak Nur call mengunakan fon Umi . Aris punye happy time tu yang ingatkan Umi yang call , tapi yang call adalah kak Nur rupanya . Akak tu cakap , "Aris bawa besabar ye Aris" … Aris cakap .. "kenapa kak!!! Umi ok kan umi dh sihat ke!!!" .. kak Nur pun cakap yang Nurul dah tak ade , dalam mase yang sama radio kereta Aris keluar kan lagu 'disaat aku mencintaimu' dan berkumandang azan zohor di sekitar kawasan rumah Aris . Aris menangis tak terhingga . satu hari menangis sampai tak lalu makan ,pening kepala . Namun Aris tetap kena tabahkan dirinya yang Umi dah tak ade lagi disisinya dan Aris kena redha perginya arwah …

31 MAR 2012
SABTU' 12.45PG 
Alhamdulilah sampai juga surat arwah yang dinanti-nanti kan oleh Aris . Aris menjerit "emak!!!!! jgn buka surat tuuuu!!!!!!!" Uhhuuhhu.. Aris terus rampas dari emak , lalu begegas terus ke dalam bilik lalu membuka surat dari arwah penuh kesabaran . Lalu menitiskan air mata tak terhingga ….

Sayangku Aris ,

Assalamualaikum... 

        Sayang.. ni la pertama kali & terakhir Umi tuliskan surat buatmu . Umi tulis surat ni sebelum pembedahan , masih waras . Huhuhu.. Hanya surat ni akan terbongkar segalanya yang Umi nak katakan . Pertama kali Umi pandang Aris , Umi tersenyum , mungkin Aris orang yang akan Umi sayang . Ketawa Aris penawar luka umi . Kasih sayang Aris membahagiakan Umi . Umi sayang Aris tapi Umi tak dapat teruskan sebab umi sakit . Umi tak ada mase lagi . Kalau surat ini smpai ke tangan Aris , Umi dah pergi ke pencipta . Sebelum tu , Umi memohon maaf atas perbuatan umi ni . Mungkin aris tak kan terima apa yang berlaku . Umi sebenarnya ade masalah paru-paru . Penyakit ni dah lame cuma tak ade yang tahu . Keadaan Umi makin teruk sebab Umi tak buat rawatan dihospital . Masa Umi kenal Aris , Umi dah sakit . Umi ucapkan terima kasih bagi panggilan Umi . Umi suka sangat-sangat . Tapi Umi tak layak untuk terimanya . Aris betul-betul buat Umi gembira . Terima kasih sembuhkan luka di hati ni . ermmm.. Aris boleh janji dengan Umi , lepas ni apa yang Umi bagi tahu ni , jgn terkejut . Harap Aris terimanya . Sebenarnya Umi dengan Aris cume kenal 2 minggu je , yang selebihnya Aris dengan Zee . ketawa , manja , suara sebenarnya Zee .

       Nak tahu siapa yang nyanyi lagu Yuna , Terukir Dibintang tu sebenarnya suara Zee . Umi paksa dia menyamar sbagai Umi sebab Umi dah tak sihat lagi . Umi dah tak larat . umi paksa dia . Janganlah marah Zee . Dia tak salah apa-apa pun . Umi yang ugut dia jadi Umi dan apa yang dia cakap semua tu Umi yang pesan . Orang yang Aris sayang bukannya umi tapi Zee . Umi buat semua ni sebab Umi tak nak rase kesal tinggalkan Aris dan Umi tak nak Aris tahu Umi tak sihat . Umi tak nak Aris nangis sebab Umi . Tapi malam sebelum pembedahan itulah suara Umi sebenarnya . Umi terharu ,Umi gembira dengar suara Aris semula , tapi sayangnya Umi tak dapat tengok Aris senyum . Umi tak dapat jumpe family Aris . Umi seiklas hati sayangkan Aris walaupun 2 minggu je kita kenal . picture , facebook , nombor hp memang milik Umi . Malam hari tu Umi cube bagi tahu pekara yang sebenarnya tapi umi tak jadi sebab tak sanggup lukakan hati Aris . Umi tak kisah Aris ckp Umi ni kejam , Umi tak sayang Aris , Umi jahat , Umi permainkan perasaan Aris . Umi gembira Aris cakap yang Aris menyesal sangat-sangat sebab itu cara sahaja yang akan buat Aris lupakan Umi . Umi mohon maaf atas perbuatan Umi ni . Umi tak kisah Aris bencikan Umi , tapi janganlah benci Zee..

Dia tak salah pun . Umi tahu Aris hanya sayangkan Tengku Puteri Nurul Huda tapi bukan Zee . Zee terlalu penting dalam hidup umi . Dia bagaikan adik Umi dan adik-adik abang Umi dan ahli keluarga Tengku . Kalau bukan kerana darah Zee , mungkin Umi tak dapat bertahan lama . Zee lagi sedih tiadanya Umi disisi dia lagi . Aris janji dengan Umi , boleh tak jaga Zee untuk Umi?? Erm.. mungkin tak kan . Jagalah diri Aris baik-baik , jangan nakal-nakal ,jangan nangis tau . Terseksa Umi nanti . Teruskan hidup ni , hidup Aris masih panjang . Happy la selalu dan jangan sesekali tutup pintu hati Aris . Terima sahaja yang akan datang dalam hidup Aris . Insyaallah Aris akan jumpe tulang rusuk belah kiri Aris semula . Maafkan Umi . Umi terpaksa larang Aris ke kubur Umi . Kalau rindukan Umi , tengoklah bintang di langit . Izinkan Umi pergi dengan tenang terima kasih atas warna yg pernah Aris lukis dalam hidupku walaupun ia sementara . Walaupunku tiada lagi dalam hidupmu , tapi akan ku isikan cinta dan kasih sayangku dalam hatimu . Bila dirimu dalam kegelapan , bintang akan menerangi hidupmu . Selamat tinggal kawanku @ kekasihku yang seikhlas yang pernah ku miliki . tak mudah ku pergi bila wajahmu sentiasa dihati ni . Selamat tinggal MOHD HARITH FADZELLAH ….


YG DIKASIHI UMI…
(TENGKU PUTERI NURUL HUDA )

2 APRIL 2012
ISNIN’ 7.38PG
Zee bangun dan tersenyum . Mungkin dia yang ku mimpi malam tadi , walaupun tubuhku masih lemah kerana tekanan darah kurang tapi akan Zee teruskan hidup ni demi amanah dan hajat arwah . Memang diriku masih lemah , memang diriku masih teringat-ingat arwah , memang diriku hilang , memang diriku tak mampu berdiri lagi tapi ku akan cuba kuatkan semangat yang hilang ni untuk masa depan ..

Kata-katanya , pesanannya masih ku ingat , akan ku simpan . kita dah janjikan kawan sampai mati Insyaallah kita akan berjumpa tak lama lagi wahai sahabatku ..



‘KAWAN SAMPAI MATI’


kisah hidupku dan dia..


**********

kami titipkan sebuah Al-Fatihah buat Tengku Puteri Nurul Huda . semoga rohnya ditempatkan diantara golongan yang beriman .


p/s : Allah tu adil . dia beri kita rasa kecewa sekarang sebab esok dia nak kita buat keputusan . keputusan yang mungkin nanti akan ada kebahagiaan yang tercipta oleh-Nya .