Followers

Thursday 31 May 2012

hello JUNE :))

awcakkk !

finally , MAY dah pergi berlepas meninggalkan kita . tapi dia tinggalkan JUNE untuk kita lalui cabaran yang seterusnya .

may this JUNE have a blessed :)) bulan Mei cik Qaseh , alhamdulillah everything is okeyh . nightmare dapat dibendung . okeyh ayat sastera disitu .

then , wishing HAPPY GAWAI for those celebrate it :))

semoga harihari kita , kita teruskan kuat untuk lalui cabaran hari esok yang kita tak tawu apa jalan untuk esok . sebab apa ?

sebab kita cuma PELAKON dunia , pengarah yang paling hebat adalah ALLAH s.w.t.

kita mampu merancang tapi tuhan yang tentukan segalanya :)) so , if anything happen to yourself don't you feel so regrets . but take it as a lesson for the next chapter :))

I LOVE YOU from me to you peeps :))



p/s : termenung itu bukan saya . tapi saya suka berfantasi dalam imaginasi yang saya cipta sendiri :))

Wednesday 30 May 2012

kami kawan ! tak lebih dari tu ...

awcakkkk !

yeayyy ! jam 3.10 pagi . memang time ni idea datang mencurahcurah la kan , sanggup bersengkang mata nak menaip .

tadi sebelum pukul 3.00 pagi tu , sempat la cik Qaseh ber-skype-ing dengan sorang kawan cik Qaseh . kawan lama gila . kawan dari sekolah menengah dari form 1 sampai form 3 . lepastu , ada la dalam 5 tahun kitorang dah lama tak jumpa .

actually , masa dekat sekolah dulu pun jarang la kitorang ni bertegur sapa . walaupun dulu satu kelas agama . haaa , just pandangpandang jelingjeling je la . tapi sebenarnya kitorang ni ber-texting bila dekat rumah . kalau jumpa kat sekolah pun , tak borak apa pun la . sebab memasing malumalu kan . hahaha . tak caya ke cik Qaseh pemalu ?

okeyh , dia lelaki .

cik Qaseh sumpah rindu gila dekat dia . nama dia ACAB . acab POYO . hahaha . tak tawu macam mana boleyh rasa rindu gila tu taw . mungkin ada beberapa sebab kot . sebab apa ? biar cik Qaseh dengan dia je la tawu apa cerita kitorang . tapi ada jugak kawankawan cik Qaseh yang laen tawu pasal budak poyo ni dengan cik Qaseh .

abaikannn !

then ,


perghhh ! tu pengakuan berani mati tu weyh . bukan senang nak dapat .

hahaha . then tibatiba dia tegur dekat chat . happy gila kot cik Qaseh time tu . hanya Allah je yang tawu . tapi cik Qaseh dah na tido dah time tu . bila cik Qaseh cakap bubye kan , tetiba dapat incoming call dari dia . perghhhh ! betapa gembiranya cik Qaseh . terus je jawab call tu .

yeayyy ! rindu dekat dia :)) sangatsangat taw .. jangan jeles , kami kawan tapi tak lebih dari tu ...


kita curicuri print screen taw awak ! malumalu konon budak poyo ni . ni dia semangat tunjuk bantal busyuk dia . siap tunjuk fabreeze lagi taw nak buktikan bantal dia wangi . hahahaha . chomell gila .


yeayyy ! dia dah mula dah tak malu dia , dia tunjuk bear dia . banyak gila kot . bila cik Qaseh mintak satu dia kate ambik yang paling kecik . kuwang hassam punya budak poyo .


lepastu , boleyh pulak dia suruh cik Qaseh nyanyi . nyanyi satu lagu untuk dia . perghhh ! memang tak la kan . malu bhaiiii ! dah tu dia siap kira 1 2 3 suruh cik Qaseh nyanyi . arghhh ! layan je la , rindu kot dekat dia . cik Qaseh nyanyi sikit je , tak banyak .


terus cik Qaseh tag lagu ni dekat dia . kira lagu ni jadi background moment kitorang la . dia kata chomell lagu ni . best !

i'm a big big girl ,
in a big big world ,
it's not a big thing ,
if you leave me ,
but i do do feel ,
that i do do will ,
miss you much ,
miss you muchhh !


rangkap tu je cik Qaseh nyanyi kan . dia kata malu gila dengar 'miss you much' tu . hahaha . weyhhh ! budak poyo ni , kita pun tak tawu macam mana boleyh tertuju lagu ni kat kau weyh .

macam kenal je kan gambar ni ,


kau ada aku , aku ada kau ! hahaha :DD aku sayang kau selalu weyh ! ingat tu . walau apapun yang terjadi , kau tetap kawan aku , aku tetap kawan kau .

last word dia sebelum tido comel je , dia kata 'sayang kau' :)) hahaha . chomell la kau janggg !

hahaha . hilang dah weyh rindu aku kat kau . hahahaha :DD

nombor kau dari dulu sampai sekarang aku save dengan "asghap poyo" , tak ubah sikit pun . tengok betapa poyonya kau . hahahaaha . baek nye aku !

p/s : kami hanya berkawan dan tak lebih dari tu !

Monday 28 May 2012

siapa kata budak kelas belakang tak pandai ?

awcakkkk !

seandainya kita dicipta untuk menjadi satu ,
pasti suatu ketika kita akan bertemu .
seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu ,
walau dekat selalu kau tak kan jadi kepunyaanku ♥


okeyh ! i admit it , mukadimah dengan tajuk entry sumpah out of topic . tapi entry dia still related lagi . 


haaaaa ! ramai diantara kalangan pelajar zaman kini takpun zaman lampau , selalu memandang rendah pada kawankawan mereka yang ber-kelas-kan kelas belakang takpun kelas hujung . bahasa kasarnya kelas last sekali . bukan setakat pandang rendah tapi lebih dari tu , masya-Allah !


ini bukan rekaan sematamata tapi hakikatnya adalah kebenaran . tipu korang tak pernah ada rasa macam tu , kan ? ada ke korang pandang budakbudak lelaki kelas last ? ada tapi tak minat kan ? ada tapi tak amek "port" bak kata orang mudamudi ni .


siapa cakap budak kelas belakang tak pandai ?


jangan pandang orang sebelah mata sayang . mungkin dia lemah dari segi pembelajaran , tapi diorang tak lemah pengalaman , pengajaran dan kematangan .


mereka nakal . tapi dengan kenakalan dioranglah diorang jadi matang .


seriusly , cik Qaseh terkejut gila tengok statement kawan cik Qaseh ni . saling menasihati each other . cik Qaseh tak ada menilai diorang macam tu , sebab cik Qaseh tak memilih dengan siapa yang nak berkawan . yang penting hatinya ikhlas untuk berkawan .


*tekan gambar untuk tumbesaran*

seee ?


diorang ni ketegori nakal . tapi dalam kenakalan diorang tu , ada kematangan .

hmmm . jangan ingat orang yang species macam tu tak boleyh nasihatkan kita . kengkadang nasihat diorang ni lagi hebat dari nasihat orang yang berpendidikan tinggi .


seee ? jangan ingat diorang tak ambil berat pasal orang yang berpendidikan ni . contoh macam kawan cik Qaseh ni . dulu cik Qaseh selalu share problems dengan dia , suka duka . saling tukartukar cerita . dia share problems dia , suka duka dia . pernah dia kata malu dengan cik Qaseh . tapi cik Qaseh abaikan je . buat apa nak malu ? 

dia ni suka ingatkan cik Qaseh pasal parents cik Qaseh . kadangkadang tu dia tanya , "kau dah call mak kau?" , lagi "jangan sampai kau terlambat, tak dapat dengar suara dia" . okeyh ! dia lebih mengingatkan cik Qaseh dengan parents .




kadangkadang tu , diorang ni lebih memahami kita . tengok kat atas tu , dia boleyh tawu kita tengah sedih . kalah boyfiee kau jahhh ! 




selalunya , diorang ni tak nak tengok kawan dia rosak atas dasar salah pilih kawan . sebab , diorang ni dah kenal macammacam jenis perangai manusia . ada yang hati busuk la , bacin la apa la .


tengok tu , dia selalu pesan tu dekat cik Qaseh . dia memang seorang kawan yang bertanggungjawab . seriusly , diorang-diorang yang kategori macam ni lebih bertanggungjawab daripada diorang-diorang yang berlabelkan pendidikan tertinggi .



konklusinya , jangan lah memandang rendah pada kelemahan diorang . sebab disebalik kelemahan tu , terselitnya kematangan .



p/s : entry takde kene mengena sesiapa . hanya sekadar perkongsian . sekiranya didapati sama , hanyalah  kebetulan :))
p/s : jangan pandang orang sebelah mata .

Thursday 24 May 2012

yeayy ! selamat bercuti .

awcakkkk !

yeahhhhh ! cuti sekolah dah startttt !

okeyh fine . cik Qaseh tawu cik Qaseh tak sekolah lagi tapi cik Qaseh pun cuti la . cuti sempena hari GAWAI . kalau dulu ramai yang sakat cik Qaseh sambut gawai sebab partner cik Qaseh tu sambut gawai . tapi sekarang dah tak lagi . okeyh , abaikan kisah lama cik Qaseh tu ! pleaseee ..


yeayyy ! seminggu la cik Qaseh tak payah peningpening kepala bila nak basuh uniform , bila nak seterika uniform , bila nak mandi bila nak tu bila nak ni .

seminggu jugak la tak payah nak berpanas terik , redah hujan ribut petir . tak payah nak dengar bebelan madam Pala kegemaran budak kelas cik Qaseh tu .


seminggu jugak tak payah nak fikir nak makan apa , nak cedok lauk apa , duit tinggal berapa . life student memang macam tu . jangan pelik .

tak lupa jugak , seminggu tak gelak dengan classmate tak sakat diorang . tu sengsara malah derita beb . okeyh cik Qaseh HIPERBOLA lagi .


okeyh . sorry ada bahagian yang perlu disensored kan . aksi meniru trend budakbudak zaman sekarang . pose jelirjelir lidah . mintak cemolot agaknya . cik Qaseh sendiri pun tak berani nak tayang , sebab tu sensored kan . miahahaha :DD

finally , aksi terlampau dari cik Qaseh .


aummmm !! ni bunyi harimau mentel (ngengada) hahaha ! okeyh , i LOVE you :)) so much . love dekat sape ? dekat korang la :)) suka tak ?

a'ah . ramai orang pose macam tu kan ? cik Qaseh tanak ketinggalan jugak nak try . nak rasa kenikmatan bila pose macam ni .

yeayy ! balik kampung ! owwww balik kampung ... tak ada la kampung sangat rumah cik Qaseh tu . sesaje .

btw , korang doakan perjalanan cik Qaseh selamat okeyh .

this is for you , yayang : je t'aime et tu me manques tellement :))


p/s : dia sejarah silam saya tapi awak adalah masa depan saya :))
p/s : entry ni saje je nak tayang gambar .


Wednesday 23 May 2012

resepi rojak pelbagai rasa .

awcakkkk !

jyeaayhhh ! heyyyy ! heyyyy !
your lipstick stain , on the front lobe of my left-side brain .
i knew i wouldn't forget you , and so i went and let you blow my mind .

sape tawu tajuk lagu tu ? tengahtengah syok melayan jiwa tetiba keluar lagu ni kat winamp kan . layan la buat mukadimah . sambil masak pun boleyh layan jugak . eyh ! cik Qaseh nak pesan dekat korang ni , jangan menyanyi masa dekat dapur nanti dapat suami tua . oran tuatua kata la kan , bukan cik Qaseh kata . miahahaha :DD

yeayyy ! kali ni cik Qaseh nak share kan resepi rojak yang tak perlu bahan-bahan mentah , tak payah keluar duit dan yang pastnye pelbagai rasa .

ready ?

nahhh ! buat tatapan .


yeayy ! itulah cik Qaseh . yang nak buat rojak pelbagai rasa tu .

actually , ni bukan la resepi rojak yang boleyh makan tu yang ada sengkuang tu yang ada nenas tu . tak tak . ni rojak laen . tapi perasaan cik Qaseh ni macam rojak . bercampur-campur .

sejak kebelakangan ni , mood cik Qaseh macam terumbang-ambing pulak kacau bilau gitu . okeyh cik Qaseh HIPERBOLA je tu .

 walaupun berserabut , tapi aku mampu tersenyum :))

mulamula tu , rasa macam serba tak kena . malas nak layan semua orang . entah kenapa entah tetiba je , nak kata datang bulan bintang tu tak jugak . tapi memang mood habis la . orang tegur dekat facebook "hye" trus cik Qaseh balas "hye, sorry not in mood." hahaha :DD boleyh gitu ? tapi kenyataan . siapa yang terkena tu , cik Qaseh mintak maaf sangatsangat . bukan sengaja , tapi mood ni haa yang buat hal bukan cik Qaseh .

rupa-rupanya emosi tu diragut oleh kenangan lepas . kenapa tibatiba cik Qaseh jadi teringat dekat dia , terindu dekat dia . rindu sikit je la tak banyak .

ya Allah , Engkau hapuskan perasaan ni sekiranya Engkau tak mengizinkan aku untuk bersama dengan dia .

ya ! itu je yang cik Qaseh mampu berdoa .

ya ! seandainya kitorang still lagi together , 25 may ni genaplah kitorang 3 tahun . tapi apakan daya , Tuhan tak izinkan kitorang untuk terus together , mean tak ada jodoh la . hmmm .

cik Qaseh dah lama cuba lupakan dia dan hampir berjaya melupakan dia sepertimana dia lupakan cik Qaseh . tapi tu la , tibatiba perasaan tu datang . arghhhh ! stresss !

tapi dalam masa yang sama , cik Qaseh selalu termimpikan someone yang sekarang ni cik Qaseh cuba bagi dia ruang dalam hati ni . selalunya kalau kita mimpi terjadi sesuatu , maksudnye mimpi tu takkan jadi kenyataan la kan ?

ya Allah , Kau tabahkan la hati hambaMu yang lagi kerdil ni mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang . Ya Allah , sesungguhnya kepadaMu aku bermohon dan kepadaMu juga aku berserah . sekiranya dia adalah jodohku , kau gerakkanlah hati-hati kami dan Kau permudahkan lah jalannye untuk menjemputku menjadi bidadari hidupnya . sekiranya dia bukan milikku , Kau jauhkanlah hati-hati kami dan peliharalah kami dari kekecewaan .

arghhh ! adakah ni satu permainan ?

sungguh cik Qaseh tak faham !

p/s : sorry entry mengarut serta emosi .
p/s : balik JB nanti nak update banyakbanyak .

Sunday 20 May 2012

Biodata Contest by NURRA

awcakkk !

haaa ! kali ni korang berpeluang mengenali cik Qaseh . cik Qaseh tawu , ada yang sibuk jugak nak tawu siapa nama sebenar cik Qaseh kan ? actually dah lama sebenarnya cik Qaseh nak post biodata cik Qaseh ni tapi tak kene pada masa yang sesuai kan . tu lah kekangannya .

tapi , harini cik Qaseh tak nak lepaskan satu peluang ni , iaitu Biodata Contest by NURRA . dah lama sebenarnya tak buat biodata-biodata ni . last buat biodata ni zaman cik Qaseh form 3 kot . zaman orang tengah nak belajar bercinta lah kan . waaaa :DD kantoii pulak . ngeee :)) kalau biodata dulu siap hias dengan pen warna-warni lagi . tapi biodata kali ni macam mana nak hias ekh cik Nurra ?

mak aihhh ! panjang berjela mukadimah cik Qaseh . miahahahaha :DD gelak jahat sikit .

let's continue :))

......................................

my BIODATA :


Name : Qaseh Qhaleesh
Full name according to my IC : Nurul Qalisyah binti Abdullah
Date of birth : 11th June 1992 
Place of birth : Hospital Sultanah Aminah , JB .
Height : 157 cm
Weight : 43.5 kg
Contact : email  , facebook , twitter .

Lives : Selangor kot . eyh ! tak nak la , Kuala Lumpur . teehee :DD
From : Johor Bahru , Johor .

Primary school : Sek. Keb. Taman Tun Aminah 
Secondary school : Sek. Men. Keb. Taman Tun Aminah ( dari form 1 sampai form 3 je ) , Sek. Men. Keb. Bandar Seri Alam ( form 4 untill form 5)
Higher education : Masterskill University College of Health and Science 
Course : Diploma in Healthcare Management .

lagi nak apa ?

Siblings : tunggal 
Makanan favorite : semua yang halal 
Minuman favorite : semua jugak jaji halal .
Kawan baek : the 7 Assabiah
Kawan biasa : semua 
Boyfriend : taken by someone created by Allah :))

hahaha . sebijik macam biodata zaman sekolah kan ?
continue :))
 
Hobi : online ( termasuklah cari bahan assignment , facebook , twitter , blogging and blogwalking etc ) , dengar lagu  , ketawa-ketawa . banyak sebenarnya tak terkira .
Cita-cita : dulu nak jadi arkitek tapi bidang dah tersasar jauh ni . so , tengok je la nanti jadi apa .
Impian : nak buktikan kejayaan cik Qaseh dekat mata manusia yang dulu menghina :))

Ucapan : Selamat Berkenalan , semoga Ukhwah-fillah kita ni terjalin sampai bila-bila !

....................................................



slogan : Menutup aurat itu indah kerana terlindungnya daripada menjadi bahan cacian , hinaan serta omongan manusia dimata dunia tak lupa juga seluruh penduduk didada langit . Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci , ibarat emas permata , intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi yang diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat sebelum mempersembahkan kepada manusia yang sepatutnya (jodohnya) .


credit for : NURRA's Space



for those guys yang nak join , cara-caranya :

  1. follow NURRA .
  2. Buat satu entri menggunakan title ini  " BIODATA CONTEST BY NURRA " . then , Sediakan satu biodata dengan apa jua cara sekali pun.Tak kira macam mana sekali pun caranya , gune pen ke , pensil ke , photoshop ke , buat karangan ke letak lagu ke , video ke nak letak beratus-ratus gambar pon boleh . ape-ape je lah ikut suka korang semua .
  3. Lengkapkan slogan kat bawah ni ;

    Menutup aurat itu indah kerana.............................. (tidak kurang dari 30 patah perkataan
  4.  Pamerkan banner yang dekat atas tu kat blog korang sebagai tanda sokongan. : ) Lagi baik sekiranya korang letak link entri ni sekali .
  5. Tag rakan-rakan blogger yang lain untuk memeriahkan contest .
sikit nota kaki : Contest ini akan berlangsung bermula 14 Mei hingga 25 Mei . Sebarang tambahan atau pertukaran akan di update nanti . Senarai pemenang akan diumumkan pada 26 Mei 2012 .
 
 

Sunday 13 May 2012

pelacurkah aku ?

Aku pernah setia , tapi aku diduakan .
Aku pernah percaya , tapi aku dikhianati .
 Aku pernah mencintai , tapi aku disakiti .
 Aku pernah memiliki , tapi aku kehilangan .
 Aku pernah tulus , tapi aku dibohongi .
 Aku pernah berharap , tapi harapan itu sia-sia .



Yani terlalu sayangkan Eid . sayang yang sangatsangat .
Yani terlalu cintakan Eid . Yani sanggup buat apa je untuk Eid . sebab Yani terlalu sayangkan Eid .

ya ! hubungan Yani dengan Eid diketahui ramai , baek kawankawan , cikgu tak lupa jugak family . kalau boleyh Yani nak semua orang tawu yang Eid hanya untuk Yani je . dan Yani hanya untuk Eid . Yani nak satu dunia tawu yang Yani dengan Eid saling menagih cinta .

tapi , apakan daya ? tak semua orang suka dengan kita .

Yani terlalu sayangkan Eid . walaupun Eid kecik , tapi Eid matang . Eid mula hadir dalam hidup Yani saat hati Yani terumbang-ambing lepas kehilangan orang yang Yani sayang . masa tu , Eid banyak bagi warna dalam hidup Yani . Yani suka sangatsangat . walaupun Eid kecik , tapi Eid macam orang besar .

masa tu Yani tak terlintas langsung untuk ada hubungan yang serius dengan Eid . sebab ada banyak faktor yang Yani rasa menghalang . tapi Eid tak kesah !

tiba satu hari tu , Eid propose Yani . Yani suka sangatsangat , walaupun simple . mungkin sebab Yani mula suka dekat Eid . so , Yani terima . pada mulanya just nak sukasuka je .

tibatiba jadi macam ni pulak . Yani terlalu sayangkan Eid . banyak cerita Yani kongsikan dekat Eid . Eid pun sama . kalau apa-apa happen dekat Yani , macam Yani terhantuk kepala dekat dinding ke , kene marah ke , anything la ... orang pertama yang Yani mengadu ialah Eid .

Eid segala-galanya buat Yani . Yani kuat untuk hidup ni sebab Eid . Eid banyak bagi semangat dekat Yani . Yani sayang sangatsangat dekat Eid !

Yani mula cemburu dengan Eid . Eid ni ramai kawan . sepanjang Yani kenal dengan Eid , ramai perempuan suka dekat Eid . tu yang Yani cemburu buta yang membuakbuak tu . tapi masa tu Eid yakinkan Yani , yang Eid untuk yani sorang je .

so , masa tu Yani jaga Eid baekbaek sebab Yani tak nak Eid terlepas dekat orang lain . sebab Eid untuk Yani sorang je . yani sayangkan Eid sangatsangat .

so , mula la pergaulan Yani dengan Eid tak terbatas . Yani selalu peluk Eid . Yani peluk kuat-kuat . kalau boleyh Yani tak nak lepaskan Eid .

Yani buat semua ni sebab yani tak nak Eid cari perempuan laen . Yani nak Eid tawu yang Yani sorang je boleyh sayang Eid macam tu . Yani Nak Eid ingat sampai bilabila , setiap masa yang Eid ada Yani sorang je .


Yani layan Eid baek je . Yani dengan Eid dah macam suami isteri . Yani sediakan makan untuk Eid . Yani buat waktu makan Eid sebab Eid tak suka makan . hmmm . Eid selalu datang rumah Yani untuk lunch , sebab Eid suka Yani masak untuk dia . bila dah lunch , Eid dengan Yani rehat sama-sama sambil tengok TV .

kadang-kadang tu Eid bergurau dengan Yani . Yani suka sangatsangat . Yani sayang sangatsangat dekat dia . bila Eid mengadu yang Eid penat , Yani teman Eid tidur . bila Eid tidur , Yani duduk sebelah Eid jaga Eid tidur .

Yani sayangkan Eid sangatsangat . Yani tak sanggup dipisahkan dengan Eid . satu hari tu , Yani terpanggil untuk khursus selama tiga bulan . masa tu , Yani relax je lagi . tapi bila Eid tawu Yani kena pergi . Eid sedih . Eid nangis depan Yani . pertama kali Eid nangis untuk Yani . selalunya Yani yang nangis untuk Eid .

Eid nangis la sebab Yani tak boleyh ada untuk Eid 24/7 . sebab Yani tak boleyh balek sepanjang berkhursus tu . mungkin Eid nangis sebab Eid takut Yani akan jatuh hati dekat lelaki laen kot . chomell sangat Eid ni . manja rupanya . sayang jugak Eid dekat Yani .

jadi , Yani ambik masa satu hari untuk sama-sama dengan Eid . Yani nak sayang-sayang dengan Eid sebelum Yani bertolak .


Eid peluk Yani . kuat sangat Eid peluk . Yani terlekap dekat dada Eid . Yani selesa macam tu . Yani nangis dekat dada Eid . habis basah baju Eid . tapi Eid tak marah tak geli pun . Eid cakap " kalau Yani tak pergi tak boleyh ke ? Eid risau la .." Yani sayang Eid sangatsangat !

sebelum Yani pergi , Eid pesan dekat Yani macammacam ...
  • Yani jangan gatal-gatal dekat sana .
  • Yani untuk Eid sorang je .
  • kalau Yani dapat phone , Yani text Eid terus .
  • Yani jangan noty-noty .
  • Yani jaga kesihatan kat sana .
  • Eid sayang Yani sangatsangat .
banyak lagi Eid  pesan .

Yani pun tak nak tinggalkan Eid . Yani sayang Eid . Yani takut Eid tergoda dengan perempuan laen . Yani takut Eid dah tak sayang Yani . yani takut Eid dah lupakan Yani . Yani takut Eid menggatal dengan perempuan laen . Yani takut sangatsangat ! kalau boleyh Yani pun tak nak pergi . tapi masa tu Yani kena tunjuk dekat Eid , yang Yani kuat . Yani taknak Eid risau . Yani nak Eid tawu yang Yani untuk Eid sorang je .

bila tiba hari habis khursus tu , Yani lah orang paling gembira sekali . sebab tak sabar nak jumpa Eid . puas dah mengadu dekat Eid masa berkhursus dulu . Yani rindu sangatsangat dekat Eid . Eid pun sama .

tapi , bila Yani balik , Eid pulak mula sibuk . Yani pun mula sibuk . Yani dengan Eid dah tak ada masa sama-sama lagi . Yani sedih sangat . setiap kali Yani mengadu Yani rindu Eid , Yani menangis . tapi Eid tak pernah tawu pun .

sampai lah satu hari tu , Yani nak merantau ke tempat orang atas alasan belajar . masa tu macam-macam Eid bagi semangat . Eid pun sebenarnya tak kasik Yani belajar jauh-jauh . Eid nak Yani selalu dekat dengan Eid . tapi tak boleyh . Yani kena pergi jugak .

so , macam biasa . sebelum Yani bertolak , Eid dengan Yani akan luangkan sehari untuk kita sama-sama .

masa tu , Yani nak ikat sesuatu dengan Eid supaya Eid jadi untuk Yani sorang je . hari tu , Yani dengan Eid bermadu kasih . Yani menangis . lama ! tak berhenti . puas Eid pujuk Yani . kesian Eid .

macam biasa la , setiap kali Yani sedih , Eid mesti peluk Yani . Yani sayang sangat dekat Eid !


tanpa Yani sedar , satu kucupan mesra terlekap dekat bibir Yani . Yani lemah ! Eid kata , "itu bukti Eid milik Yani sorang je dan Yani milik Eid sorang je . Eid tak nak share Yani dengan orang laen . ingat ! Yani ada Eid je."

bila Eid cakap macam tu , Yani percaya . Yani percaya yang Eid untuk Yani . Yani berjanji yang Yani untuk Eid sorang je .

tanpa Yani sedar , kucupan Eid berbalas dengan Yani . Yani tak sedar ! Yani lemah ! tangan Eid mula rancak . tapi Yani berjaya halang , cuma kucupan tu yang Yani tak boleyh halang . Yani menangis . sebab Yani sedih kenapa Yani tak boleyh halang benda tu .

dalam hati Yani berkatakata , " kerana engkau Eid , aku sanggup buat apa saje untuk kau . aku tak nak kau terlepas dekat orang laen . aku sayang kau sangatsangat . sekiranya perlu , aku serahkan segalanya untuk kau ."

Eid puas . Yani sayangkan Eid sangatsangat !

Yani pesan dekat Eid , "Eid Yani punya sorang taw ! Yani tak nak share Eid dengan orang laen . Eid jangan tinggalkan Yani taw ."

"Eid janji Eid takkan tinggalkan Yani . Yani jangan tinggalkan Eid taw ." bisik Eid buat Yani jadi kuat sikit .

"Eid dekat sini jangan nakal-nakal taw , jangan curang-curang , jangan gatal-gatal , jangan berbual dengan kawan perempuan Eid , jangan bagi nombor telefon Eid dekat kawan perempuan Eid , jangan rapat dengan cousin Eid . jangan seksi-seksi depan perempuan ! Eid untuk Yani sorang je . badan Eid untuk Yani ! "

"Eid janji . Eid milik Yani je ! tak ada orang laen . kan dah ada cop mohor Yani :)) "

Yani cair dengan janjijanji Eid . Yani percayakan Eid . Yani setia dengan Eid ! selalu Yani berharap , supaya kita kekal sampai bila-bila .

setiap kali jumpa Eid bila Yani balik , yani selalu peluk Eid macam selalu . sebab Yani sayang Eid . sayang sangatsangat .  Yani percaya Eid untuk Yani .

sampai kan dekat satu tahap , semuanya musnah !

tipulah setiap hubungan tu bahagia je . Yani sedar perubahan Eid . bila Yani diamkan , Yani nampak semuanya .

masa tu baru Yani tersedar , betapa bodohnya Yani ! yani senang lemah dalam dakapan lelaki yang bernama Eid . Eid penipu ! Eid kata Eid untuk Yani ! tapi Eid ada perempuan laen !

Yani tawu , disebabkan ketiadaan Yani dekat dengan Eid , Eid buat macam tu sebab Eid nak belaian . tapi Yani dah bagi macam-macam dekat Eid ! kenapa Eid buat Yani macam ni ?

mana janji-janji Eid untuk yani dulu ?
kenapa Eid buat macam ni ?

Eid tawu kan , Yani sayang Eid sangatsangat! Yani serahkan segalanya dekat Eid !

so , pada hari tu Yani nekad untuk tinggalkan Eid . Yani sakit sangatsangat . Eid tak cari yani langsung pun .
yani je tak boleyh lupakan Eid lagi . tapi Eid ?

hmm . musnah dah harapan Yani .

Yani sedar perbuatan Yani tu salah dan berdosa besar . sekarang Yani belajar untuk pulihkan diri Yani . Yani taknak benda ni terjadi lagi . tapi ada lagi ke orang yang boleyh terima Yani ?

pelacurkah aku ? 



p/s : cerita yang direka semata-mata tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati . sekiranya didapati sama adalah tidak disengajakan . cik Qaseh mintak maaf .
p/s : cerita yang tiada niat untuk mengaibkan sesiapa . hanya sekadar renungan untuk remaja yang kian bergelumang dengan janji yang palsu .
p/s : lagi nota kaki , ini tulisan pertama cik Qaseh . merangkak nak buat ceritacerita . harap sangat dapat support dari korang .
p/s : a'ah nota kaki yang last , sila lah beri sedikit pendapat yang ikhlas dari korang . tak menyinggung pun , kalau korang tak response lagi tersinggung .

 

 


Saturday 12 May 2012

the truth ...

awcakkk !

cik Qaseh nak share something ni . words dia memang simple but it very meaningful .



Air mata tu memang kawan baik seorang wanita . Sekental mana pun dia , sebrutal mana pun dia , dia tetap tak kan boleh nafikan yang air mata memang dah di takdirkan jadi 'kawan baik' dia sebab itu Allah dah jelaskan sendiri dalam hakikat penciptaan Hawa dari rusuk Adam .

Setiap Hawa akan mengalirkan air mata di saat dia sangat gembira , terharu , over bengang dan kalau sedih , itu seakan WAJIB juga baginya untuk menangis . Cuma yang pasti , air mata itu hanya jatuh untuk sesuatu/seseorang yang penting . 


TAPI KENA INGAT ! Bilamana air matanya tak jatuh lagi untuk yang penting itu , that's mean yang penting itu TIDAK LAGI penting buatnya .

p/s : dulu dia penting macam oxygen tapi sekarang dia debu je . tak penting dah kan ? weee :DD


Friday 11 May 2012

Tergempar ! penduduk perumahan Taman Pelangi Semenyih dihatui dengan mahluk HIJAU

awcakkkk !

Kuala Lumpur dengan ini kami telah mendapat maklumat bahawa sekitar taman perumahan Taman Pelangi Semenyih dihantui gangguan . Gangguan kali ini mungkin biasa tapi pada kami ia luar biasa .

acewaaaahhhh ! koya macam tulis berita je kan . padahal koya je untuk starting . saje je nak bagi suspen sikit . apa ? koya tak tawu ? koya tu berlagak maksudnya . bahasa kelantan eyh dialek kelantan la .

tapi betul la  . Taman Pelangi Semenyih dipenuhi dengan mahluk yang bersalut kan kehijauan warnanya .

jap . cik Qaseh tayang kejap .


haaa . itu la yang dimaksudkan sebenarnya . nampak tak serba kehijauan semuanya .

jatuhnya tarikh 5 Mei 2012 , maka terpatri sebuah ikatan yang sah dan halal menuju ke jalan Allah .  Alhamdulillah . sah .

yeay ! kami jadi wedding planner and organizer pada hari tu . waaaa ! melaram la kau Jah ! haha . masingmasing nak tunjuk gah atas kecantikan yang diorang ada . okeyh tipu ! semua comot je masa tu .

tak percaya ?

nah bukti :

  nampak tak muka kepenatan ?

 ya ! jangan pertikaikan ke-minyak-kan muka kami .
pleaseeee !

 kami dah penat sebenarnya , mata dah ngantuk , tak larat !
banyak sangat kene prepare :((
tapi demi meraikan majlis ni , kita buatbuat senyum je la walaupun penat sebenarnya .

 walaupun kami penat , tapi kami still nak posing jugak !
hahahah :DDD
antara organizer yang turun padang .
semua ni bidang terjun je .

okeyh .
jangan pertikaikan lagi ke-CONTRA-an kami .
ni Anas . mulamula malumalu .
bila ajak bergambar terus duduk atas riba .
chomelll :))
ya ! saya tak gelikan budakbudak :))
sebab saya sayang mereka .
ecewahhh !

so , the next day is arrived . 5 May 2012 . hari bersejarah buat pensyarah kami miss Ida Syafizul . waaa :DD dia sudah madam . tapi dia suwo kitorang panggil dia miss . ngeee :))

 yeay !
sesi menghias kan diri .
tengok tu , ada bakat tak cik Qaseh mengandam orang ?
weee :DD
cepat muntah ! perasan betul la cik Qaseh ni .
okeyh ! posing sekejap .
sikitsikit je sudah .
sebab mata tu tengah tahan ngantuk .
maklumlah , semalam bersiap sampai pukul 1 pagi . kene pulak bangun pukul 4.30 pagi .
memang kelabu la mata .

 touch up for the last time 
:))

 wahhh !
ini ratu tangga sudah . bukan lagi ratu kebaya . 
boleyh la tu .

 okeyh .
sesi bawak turun hantaran .
pun nak pose jugak . 
kalah pengantin .

yeay !
i'm preparing the hantaran .
the most picture that i love so much :))
caption : practice susun hantaran sendiri . hihihi . 
gatal dah menular dalam diri .

 bila tok kadi dah datang ,
pengantin dah kat depan .
cik Qaseh pulak yang berdebardebar .
macam cik Qaseh je yang nak kawen .
kalah pengantin .
ahahaha .
seru dah sampai ke ?

 ya !
ini lah miss kami .
miss Ida Syafizul .
oppss ! madam sudah .
hihihi .
tengok muka tu macam relax je , padahal dalam hati dah macammacam rasa dah .

aku terima nikahnya ...
finally , ikatan perhubungan kini sah menjadi yang halal untuk selamanya .
waaaa !!
sumpah jeles ! cik Qaseh pun nak jugak !!
siapa anak felda ?
meyh pinang cik Qaseh . hahaha .
okeyh . demand !

 okeyh .
ini tak tawu la posing ke serve makanan .
rasanya posing je lebih kot .
hihihihi .

 waaa !
practice untuk yang last kopek .
tambahtambah mana yang perlu .

 we !
emcee vs Dj 
dari kiri : syazelina , cik Qaseh dan Hadi .

 ecewahhh !
tekun je emcee tengok teks .
diumumkan ketibaan pasangan pengantin berarak ke pelaminan .
cewahhh :))

 pengantin dah sampai !!
weee :DD

 mempelai Sehati Sejiwa
sir Daus vs madam Ida
:))
selamat pengantin baru madam and sir :))

alahaiiii !
sesi suap menyuap .
cik Qaseh nak jugak macam ni !
siapa nak masuk minang ni ?

finally , kerja kami habis pukul 2.00 petang macam tu . so terjelasnya kelihatan kami semua dalam keletihan . 

so , a wish from us : selamat pengantin baru , semoga berbahagia hingga ke akhir hayat serta diberi ketabahan mengharungi rona-rona rumahtangga :))

entah mana datangnya perkataan "rona-rona" tu . masa sekolah dulu tak ada pulak belajar ayat ni . tapi rona roni makaroni tu tawu la . hehehe .

yeayy ! finally , abis dah tugasan kami . 

haaa . bestnya bila tengok orang dah akad . rasa macam woowww ! 

apa ? bila cik Qaseh nak kawen ?

a'ah . tunggu la 10 tahun lagi ke . sebab sekarang ni pun masih belajar lagi . matang pun tak lagi . pengalaman pun tak cukup . tak alih-alih nak kawen . pehal ?

tapi , kalau dah itu jodoh cik Qaseh . haruslah cik Qaseh terima dengan ikhlas . cepat ke lambat ke tak kesah . sebab semua gerakan dari Allah kan .

tapi , kawankawan cik Qaseh ada yang dah kawen ada yang dah nak kawen . fuyooo ! baru sedar yang cik Qaseh dah besar sebenarnya . hmmm . 

haaaa . sorry la . dah berabad jugak la tak updated cerita kat korang kan . yela , line macam labi-labi mintak penampar . macam mana nak update dengan hati yang girang ? entry ni pun dah berapa lama ter-draft , baru ni dapat cerita dengan aman .

p/s : takde nota kaki la untuk entry ni .