Followers

Thursday 14 November 2013

Rasa ?

TAKUT !




p/s : terkadang kita hanya mampu mengungkapkan satu rasa dalam satu masa tanpa ribu penjelasan.

Kenangan.

Terkadang hati sakit bila terkenangkan,
Terkadang hati kerinduan bila sunyi ganti menjadi teman,
Terkadang sedih tak dapat mengekalkan itu dari menjadi sebuah kenangan.

Berat.
Terkadang mencari tempat bergantung,
Terkadang mencari tempat tumpang tidur,
Terkadang mencari pelukan damai,
Terkadang mencari tangan menghapuskan titisan tangisan.

MATI.
Mati dengan bayang-bayang,
Mati cari galang ganti.

 Hati?
Meruntun!
Berdarah kering!
Keras!

Ampun.
Maafkan diri ini kerana

Terlalu
Terlampau
Terlebih

Rindu akan setiap kenangan yang pernah tercipta,
Rindu akan belaian

Khilaf.
Sedar akan sikap terlalu naif.
Memakan diri sendiri.

Entah.
Apa yang aku perlu?

Serba tak mampu.
Tak kuat.
Lemah.
Mati.

Allah.
Manusia mampu merancang.
Dan Allah yang menentukan segalanya.
Mengajar erti keredhaan.

Kenagan :)
Doakan daku dikejauhanmu
agar sentiasa dalam lindungan Allah.

Kenanganku :)
Bahagialah kau dengan
kedamaianmu.

Kenangan,
Aku tak pernah lupakan walau hati
meruntun untuk melupakanmu.























p/s : susah melupakan kenangan dengan mereka yang kita pernah sayang, itu cuma kerana keadaan.



Thursday 31 October 2013

kawan.

kawan ?

kita jaga nama baik kawan.
tapi kawan?

depan kita suci bak malaikat turun dari langit.
tapi belakang kita?

serupa anjing tengah menyalak.
bahagia dengan mengutuk kita itu, menghina kita ini.

apakah layak mereka untuk digelar sebagai kawan?
apa lagi, sahabat.

kan?

p/s : siapa manusia untuk menghukum ?

Wednesday 30 October 2013

3 Tahun ini ...

assalamualaikum wahai penduduk muka bumi Illahi hari ini .

lama dah cik Qaseh tak meluahkan bakat terpendam ni . kan ? almaklumlah , sekarang ni banyak sangat kekangan masa . nak berjimba pun takde waktu . miahahaa >.<

by the way , cik Qaseh nak rakam kan berjuta kenangan yang ada selama berada  di perantauan hanya untuk sekeping sijil yang entah berapa nilainya.

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah . akhirnya cik Qaseh berjaya jugak menamatkan dunia sebagai seorang siswazah selama 3 tahun .  syukur sangat sangat . tak terhingga rasanya .

3 tahun tu satu tempoh yang sangat lama . macam-macam boleh jadi dalam tempoh 3 tahun tu dan ianya memang terjadi . pertemuan dan perpisahan itu kehendak Allah .

permulaan cik Qaseh memang berat dan sangat berat . tapi apakan daya , dengan segenap kesabaran yang ada pada diri kecil ni .bertekad jua untuk terus berjuang tanpa menyerah .

pada pertengahan , ianya terlalu indah untuk dinikmati . 

tapi di pengakhirannya , hanya Allah S.W.T. yang tawu .

wajar . terbit LIMA rasa dalam setiap diri manusia .

BAHAGIA .

SEDIH .

MARAH .

CEMBURU .

CINTA .

itulah rasa . jangan ego  jangan sombong untuk mengakui LIMA rasa ni . tanya pada diri , betul tak ?

terlalu banyak kenangan untuk disimpan bukan untuk dilupuskan . biarkan tersemat dalam gallary technology kini . akan dikenang satu masa nanti . bagi mereka yang tawu menghargai .


Pertemuan .


Perpisahan .


Kebahagiaan .


Belajar .


Erti Kehidupan .

biarkan masa itu berlalu meninggalkan segala tercipta . 
pandang ke depan mengejar cita-cita dan harapan .
pengalaman adalah pengajaran untuk kita .
agar lebih berhati-hati untuk masa depan .

ucaplah . . .
SYUKUR , ALHAMDULILLAH .
TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KESEMPATAN YANG KAU BERIKAN.
Amin .

p/s : maaf  , kata-kata tak berapa nak indah . kekok bila menulis . setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan siber . hihihii .



Sunday 29 September 2013

ALLAH Yang Maha Adil

SATU MASA DULU AKU JATUH TERUK,
SATU HARI DULU ALLAH TURUNKAN KEBAHAGIAAN.

SATU HARI TU, ALLAH TARIK SETIAP YANG DIPINJAMKAN.
SEKARANG, AKU SEDANG BELAJAR APA ITU KEREDHAAN.


p/s : Allah tu maha adil, setiap yang diturunkan ada maknanya tersendiri tanpa pengetahuan kita.

Monday 26 August 2013

ORANGE.

Awchakkkkkkk !

*ada lagi memek muka paling huduh. tapi tempek yang gedik je.*























Memang kelas kau Jah.
Aku takde kerja ni, kerja aku snap gambar sana sini dengan memek-memek muka yang menakutkan.
lepastu aku online, menggunakan kemudahan yang tersedia dengan sebaik mungkin.
"ORANG TAK NAMPAK." cakap aku dalam hati.
mana taknya, aku sensorang je tempat special.
meja aku tempat paling hantu suka iaitu, sudut empat penjuru.
so, yang jadi hantunya aku laa. hihihiiii :DD
"BOS TAK NAMPAK. TAKPE." cakap lagi dalam hati.
 "TAKDE KERJA, BUATLAH APA YANG KAU SUKA. ORANG TAK NAMPAK." hati cakap lagi.
aku cakap dalam hati sebab takdok sape aku nak cakap. memasing duduk kat cubicles/kubikel (*tak reti eja weyh) masing-masing.
so, cakap je laa dalam hati.
kelas kau, hari-hari aku maen message lepastu cas my BB dekat pc. TERBAIK!

Chupeeeee!
ada sohseh-sohseh sana-sini tanya malah bercerita sesama sendiri, kata aku dah kerja.
mana ada! aku kerja pun kerja ta bergaji.
sekarang ni dalam proses practical selama dua bulan.
ditempatkan di Hospital PUSRAWI, Jalan Tun Razak.
kalau nampak KLCC tu maknanya dah nak dekat lettew.
datang la singgah, nanti roger!
aku bahagian Pegawai Perhubungan Pelanggan dan Korporat.
so kerja aku jalan sana sini tengok patient/clients tenang tak hidup dalam hospital aku ni.
kalau tak tenang, aku kene puaskan hati diorang.
that is my task! 
so, roger je. no worries. aku turun jumpa.
*bajet je ni*
HAHAHAHAAA :DD

pejam celik pejam celik.
sebulan je lagi nak habis diploma weyh.
lepas ni mesti aku busy gila.
sebab dah kerja dapat gaji kan.
tak dapat bayangkan macam mana keadaan aku masa tu.

dah start planning ni and draft resume.
tinggal nak send je.
doakan taw geng!

WHAT?!
Degree?
yes, i do.
In Shaa Allah, ada rezeki aku sambung.

the time's show me almost to 12 o'clock.
that mean, one hour left for my lunch time :DDDDD
nak makan MIHUN SUP LETAK KAKI TENGKOK!
Yummyyyyyyyyy! Delicioussssss soooooooooo!



































nahhhh!
hadiah untuk korang.
mwahhhhhhhhh!

Thursday 22 August 2013

HARGA AIR MATA LUKA

Aku menangis kerana luka,
Kau menangis kerana bahagia.

Luka aku berparut,
Luka kau sembuh tanpa parut.



p/s : Terima kasih dunia :))

Sunday 19 May 2013

aku jatuh lalu aku bangkit .

awchakkkk !

Assalamualaikum sahabat bumi Illahi .
agak kelamaan aku tak menjenguk sahabat yang setia menanti luahan kecilnya hati ini.
hari ini aku muncul untuk seketika waktu .
bagi menjelaskan apa yang kini terbuku.

aku kini....
aku yang pernah jatuh.
aku yang jatuh
dan aku yang sedang jatuh .

ya Allah ,
kau berikanlah aku kekuatan untuk lalui hari-hariku .
kesabaran bagi aku menongkah arus-arus kehidupan yang mendatang.

ya Allah ,
aku redha dengan setiap dugaan yang kau turunkan .
sesungguhnya aku percaya Engkaulah maha perancang yang terhebat diseluruh alam .
disetiap yang berlaku kini ada sebabnya dan habuannya diakan datang .
yang bakal menjemputku menjadi milikku selamanya .

 ya !
kini aku jatuh .
dan pasti , ramai yang bersorak akan kejatuhanku .

tapi ,
aku akan pastikan ,
yang aku akan bangkit lepas kejatuhan .

jangan terus bersorak atas kejatuhan aku , sayang .

aku .
aku perempuan yang cekal .
aku perempuan yang tabah .
aku perempuan yang kuat .

inshaa Allah .



Friday 18 January 2013

Hachummmmmm! berdebu deban T_T


Awchakkk !!!

Hachuuuuuummmmmmmmmmmm !

Haishh... siapa punye blog la ni ? bapak usang gila . terbiar terbengkalai . takde sape jaga ke ? tuan dia takde ke ? Enam bulan terbiar . nasib takde penceroboh .

Ehemm ! Ehemmm !

Hyep Sir .... ini dia Qaseh Qhaleesh kembali muncul ....



Ni tuan belog picisan lagi usang datang menjengah ni . niat dihati nak mengemaskini . tapi macam harapan je . almaklumlah , bekalan internet dah takde sekarang ni . so terpaksa la berpuasa dari berblogging . 

Takpe , slowly . . . it will be continue . . . .

Sejak-sejak kenal dengan kawan baru , tu yang macam terabai sikit tu . sebab apa , sebab dah ada pendengar . kalau tak sebelum ni menangis tak sudah je . hihihihi .

Sengaja tak menghupdate . Sengaja pergi menghilangkan diri untuk seketika . tenangkan jiwa tenangkan hati tenangkan emosi tenangkan diri . Alhamdulillah . Semuanya berlaku secara nature tanpa sebarang gangguan duniawi yang penuh dusta manusia . Alhamdulillah , hidup cik Qaseh sekarang semakin stabil dan bermakna .

So kepada pembaca-pembaca cik Qaseh sekalian , yang amat dikasihi ni . cik Qaseh mintak ampun mintak maaf sempena Maal Hijrah kali ni . semoga tahun baru kali ni lebih menyinar dan beri manfaat buat semua umat islam .

Tengok tu , cerita pun macam dah tak reti . dah berapa lama tak menulis kat blog ni . ayat pun macam skema gila babeng kan ? 

Okeyh la . just wait for the next story from me peeps .

Happy new year every one ! May all your wishes gonna comes true babe ...