Followers

Wednesday 4 April 2012

tulisan dari hati bernama TEMAN ^_^

awcakkk !

assalamualaikum . waaaaa ! agak kelamaan jugak kan cik Qaseh tak menghupdated cerita . btw , Happy April boys and gurls . pejam celik pejam celik dah masuk bulan April kan . tapi yang pejam tak celikcelik tu , al-Fatihah .

entry kali ni cik Qaseh nak share satu cerita dengan korang . cerita tu tulisan dari hati seseorang yang bernama TEMAN . cerita ni kisah benar kehidupan seseorang . jangan risau , cik Qaseh dah mintak izin dah dengan tuan punya cerita . sebab cerita ni pun dia sendiri yang tulis .



okeyh , stop mengarut .

pesanan cik Qaseh , bila baca jangan kamu titiskan airmata jangan kamu bersedih . tapi sedekahkan sebuah al-Fatihah untuk seseorang tu .

**********


2 April 2012
CERITA KAU DAN AKU

30 Mac 2012
Sabtu '  3.06 PG
 Mataku entah kenapa tidak mahu tidur . Dalam aku termenung tiba-tiba hatiku sayu dan pilu .. entah kenapa aku terkenangan masa-masaku bersama arwah .. Terlalu banyak kenanganku bersamanya . Setiap hari kami bersama .

  27 JAN 2010
RABU ' 8.48 MLM 
Zee on the way pulang rumah. . Tiba-tiba tergerak hatiku nak tolong kereta honda berwarna putih yang tersadai kat tepi jalan . Bila Zee tengok , Zee nampak seorang wanita yang comel , sopan santun , ayu yang dalam ketakutan . Dia meminta tolongku kerana keretanya tayar pancit . dia dalam kekusutan dengan dia tak tahu apa-apa tentang kereta . Bila tengok memang kesian . Bila di tanya dia diam sahaja . Mungkin dia takut kot . so , Zee pun call my friend minta tolong .

selepas beberapa minit , keretanya pun dah siap . Dia ucapkan terima kasih padaku dan kawanku . Dari situ la bermulanya Hazirah Kasim berkenalan dengan Tengku Puteri Nurul Huda Dato Ismail . Dan saling bertukar nombor hp .

30 JAN 2010
SABTU ' 5.07 PTG 
Masa tu zee sedang kerja tiba-tiba seorang wanita cari ku . Bila tengok rupanya Nurul , melambai ku dengan senyuman manisnya . Nurul ajak Zee minum petang lepas kerja . so , dengan tak pikir panjang selepas habis kerja , kami pergi minum petang di kedai berdekatan tempat kerjaku . Disitula kami semakin rapat dan semakin mengenali budi masing-masing . Kami berkawan dan terus berkawan . Dalam sebulan tiba-tiba Nurul kena bertugas ke Sarawak untuk beberapa bulan sebagai guru gantian..hatiku mula rindu sebab Nurul dah jauh dengan Zee , begitu juga Nurul . Mula rindu padaku . Tiap malam mesti bergayut , tengok line kat Sarawak gak . kadang-kadang ade kadang-kadang tak de .

19 FEB 2010
JUMAAT ' 10.00 PG 
Masa kami bergerak ke Putrajaya untuk berjumpa keluarga Nurul . Sepanjang perjalanan selama 2 jam lebih , fikiran ku kusut . Diriku dalam ketakutan kerana pertama kali Zee berjumpa ahli keluarga Diraja . Tak tahu la apa yang patut zee cakap nanti , otak terlalu kusut kerana takut . Nurul hanya ketawa tengok Zee dalam ketakutan . Dalam pukul 1.00 petang , kami sampai rumah Nurul . Wahhh!!! Tersekam indah bangunan 3 tingkat . Dikeliling taman yang menghijau . Kolam ikan yang bersih dan keadaan rumah yang tenang bagaikan di kampung . Di garaj terhias 4 biji kereta mewah , honda , toyota , nissan dengan 2 superbike . Sungguh mewah sehinggakan Zee tak berani nak keluar dari kereta sebab ternampak ahli keluarga Nurul di depan pintu . Sungguh menakutkan .

Ku disambut dengan mama & papa Nurul dengan penuh kesopanan . TerharuNYE :) Zee dibawa ke bilik tetamu untuk berehat . Bilik yang bersih dan cantik , terpesona ku melihat kemewahan yang Nurul ada . Bila di pikirkan layak ke Zee berkawan dengan anak tengku?? Takut juga family Nurul tak terima Zee . Alhamdulilah semua terima zee seadanya . Happy juga walaupun 2 jari je luangkan masa dengan family Nurul . Happy je tengok Nurul manja-manja dengan ahli keluarganya . Jeles gak . heheee . Dalam beberapa bulan kemudianku semakin rasa selesa dengan keluarga Nurul yang tak sombong dan tak menunjuk-nunjuk .

21 JUL 2010
RABU' 
Zee dapat berita Nurul tak sihat , Nurul akan di bawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dapat rawatan di sana . Zee yang di melaka tak tentu arah . Berani ambil risiko ponteng kerja semata-mata nak jumpa Nurul . Bila sampai Kuala Lumpur , abang Nurul yang sulung Tengku Naim ambil Zee di Puduraya terus ke Hospital Pantai di Bangsar . Sedih tengok Nurul yang terlantar dikatil . Doktor cakap Nurul perlukan darah merah sebab Nurul kurang sel darah merah . Kebetulan darah ku sama dengan Nurul , Zee dermakan darah kat Nurul . Tak kisahla janji kawan sihatkan . Alhamdulilah dalam 3 hari Nurul dah ok dan boleh keluar wad . Disebabkan family Nurul risaukan dirinya , papanya berbincang dengan Pengarah Pendidikan untuk pindahkan Nurul ke Malaysia dan Nurul dapat sekolah di Melaka . Yeahh ! Dah dekat dengan Zee . Selepas pindah Nurul duduk di Villa milik abang Naim . Kadang-kadang Zee pun duduk sekali kat Villa tu . Saje nak teman Nurul . Kami happy sangat-sangat . Ape-apa mesti Nurul cari Zee . Kami bagaikan kembar , ke mana pergi mesti berdua . Happynyeee... Villa 2 tingkat dengan taman yang cantik , memang sesuai untuk puteri berteduh . Hehee ...

14 SEP 2010
RABU’ 6.30 PTG
Lepas penat berkerja kami suka luangkan masa di taman depan Villa dengan dihidangkan teh panas , sambil hirup teh sambil melukis . Itulah hobi kami . Suka luangkan masa dengan melukis , baca buku dengan berkebun . Persamaan kami memang banyak . Terasa macam kembar . Ada 1 bilik di villa dijadikan bilik pameran lukisan kami . Sweet kan ? Nurul suka lukis binatang dan orang , Zee pulak suka lukis kartun , design baju . Kadang-kadang Zee lukis design baju untuknya . Sweet tengok Nurul pakai designku . Malam tu masa tengok tv , nurul tiba-tiba  cakap "apa-apa jadi kita  tak kan terpisah . Tu janji kita tau."

Tempat kami bercerita ...

14 NOV 2010
 AHAD ­'
HAPPY BIRTHDAY TO YOUU NURUL
Satu hari suntuk kami habiskan masa dengan family Nurul . Sambut birthday girl kt MCD DATARAN PAHLAWAN . Candy sana sini bagaikan artis . Huhuu . Shopping memang hobi kami , memang seronok . Memang tak ingat nak balik rumah . Zee hadiahkan Nurul 1 set minyak wangi kesukaan dia ‘Padini ’ .

6 DIS 2010
ISNIN ‘ 6.30 PTG
TERIMA KASIH NURUL SAMBUT HARI JADIKU . Terharu gile . Nurul hadiahkan Zee sepasang jam . Sama dengan dia punya . Tak terkata-kata mulut ku dapat jam mahal . Rasa macam tak layak je nak pakai . Heheee.. Apa-apa pun terima kasih sahabatku .

28 JAN 2011
JUMAAT ‘ 10 PG
Kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah Nurul . Lagi sekali Zee dilayan istimewa dari ahli keluarganya . Mama & papa layanku bagaikan anak sendiri . Nurul ni manja dengan family , dengan zee pun manja-manja . tak ape . Zee tak kisah . Hehee.. Esoknya majlis pertunangan Tengku Puteri Nurul Huda dengan Tengku Haris Danial . Majlisnya sederhana sahaja . Buat kat rumah . Puteriku sungguh cantik dengan gaunnya , tapi hati?? Aku tahu hatinya menangis . Alangkan Zee punyai kuasa , akan Zee halang pertunangan tu . Tak sanggup tengok sahabatku dipaksa tunang demi nama . sedih tauu...

6 MAY 2011
JUMAAT ‘ 3.00PTG
Nurul call Zee dengan suara nangis , suaranya tengelam . Ini bukan nangis biasa , ni mesti yang betul-betul buat dia sedih . Tergesa-gesaku pergi ke villanya . Dia peluk ku dengan nangis . Nurul cakap Tengku Haris meninggal dunia akibat excident , angkara buatan orang . Sungguh ku tak percaya , baru 4 hari yang lepas dia datang melaka . Makan masa sebulan Nurul nak sembuh dari lukanya . Nurul diamkan diri , kurung diri . Alhamdulilah dalam sebulan Nurul kembali semula . Nurul kuatkan hati untuk terima semua ni .

14 NOV 2011
HAPPY BIRTHDAY NURUL... Tapi kali ni tak dapat nak sambut coz Nurul dengan family dia sambut kat Paris . Apa-apa pun Nurul tak lupa padaku . Nurul belikan coklat , minyak wangi , kasut and hadiah kecik-kecik . Terima kasih sahabat ...
 
22 DEC 2011
KHAMIS’
Kenapa hatiku tengok Nurul lain macam . Kenapa ? Kenapa keadaan dia tak macam dulu . Kerap sakit . Nurul hilang selera nak makan , badan dia makin kurus . Bila di tanya ,cakap penat mengajar . Zee pernah cakap ambil MC . Rehatkan badan tu tapi dia ni degil , semakin hari semakin risau tengok dia .

5 JAN 2012
KHAMIS’
Tiba –tiba Nurul call dengan suara nangis . Mula la diriku ketakutan . Nurul cakap dadanya sakit sangat . Sesak nafas . Zee tak kira tengah kerja ke tak , terus dapatkan dia . Bila sampai , Zee terus dapatkan dia dan terus peluk . Badan dia dah mengigil , sesak nafas . Zee terus bawa ke Hospital Pantai . Doktor cakap paru-paru Nurul makin teruk . Nurul kene buat rawatan . Terduduk menangis  dengar doktor cakap macam tu . Dalam fikiran ku hanya fikir family tapi Nurul tak nak family dia tahu . Zee terkejut Nurul melutut depanku merayu jangan bagi tahu family dia . Nurul sendiri akan bagi tahu familynya . Zee terus peluk Nurul . sebak hatinya , sebak lagi hatiku . Aku tak sanggup kehilangan dia . Zee berjanji akan jaga Nurul hingga akhir hayatku . Sikit demi Sikit Zee kumpul duit demi rawatan Nurul...dengan harapan sahabatku ni sembuh semula .

12 FEB 2012
AHAD ‘
Semakin lama semakin lemah diriku lihat keadaan Nurul . Masa tu Zee senyap-senyap call abg Naim dengan akak Nur . Suruh datang ke villa . Nurul dah jatuh sakit . Zee dan abg Naim paksa dia buat rawatan . Nurul cakap dia tak nak susahkan Zee dan family . Depan Nurul , Zee cakap "demi Nurul berapa mahal pun tak ape . Janji Nurul macam dulu semula . Nurul dah janji nak pergi holiday dengan Zee kan , nak tengok matahari terbenamkan , lepas tu kita lukis laut . Nurul dah lupa janji kita?" Zee tengok Nurul senyum dalam kesakitan . Zee tak sangup , Zee lari ke dapur , terduduk nangis ku dibuatnya . sebak hatiku . Zee hanya nak sahabat ku sihat seperti dulu , Zee sanggup jual apa yang Zee ada . Janji Zee nak Nurul sihat ..

18 FEB 2012
SABTU’
Sungguh Nurul tak sangka ada orang nak berkenalan dengannya . Namanya Mohd Harith Fadzellah . Orang Johor . Umurnya 23 tahun . Boleh tahan juga , sekali lagi ku tengok Nurul happy . Sejak Nurul berkawan dengan Aris dia semakin kuat untuk lawan sakitnya . Dia semakin berselera nak makan . Kalau balik keje dari luar dah dengar suara dia jerit "laparnyaaa!!!" Hahaha.... comel . Sory sayang time tu Zee terlambat masak (Zee la tukang masaknye) Hehee.. Bila sama-sama cuti kami buat cupcake . Tengah leka main tepung , cupcake Nurul dah hangit . Heheheee.... Apa-apa mesti hangit la , rentung la . Hehehee... Happy sangat dia kembali seperti dahulu walaupun kadang-kadang dia sakit . Nurul memang tak pandai masak . Hehee.. :P

1 MAR 2012
KHAMIS’ 3.00PTG
Tiba-tiba Nurul jatuh sakit semula . Entah kenapa dia terus down . Semakin teruk . Bila dengar suara dia lain macam . Zee terus pergi dapatkan dia , Nurul nangis menahan sakit dadanya . Nak bawa ke hospital tapi Nurul tak nak sebab kesiankan Zee . Katanya Zee dah banyak keluarkan duit untuk dia . Zee tak kisah semua janji Nurul sihat . Aku hanya mampu peluk Nurul dan rasakan kesakitannya . Air mata mengalir di pipi ku melihat sahabatku yang terjalin selama 2 tahun ni menjerit menahan kesakitan . Ya Allah ,  kalau boleh engkau bagila ku rasa kesakitannya . Agar dia tidak rasa sakit . Ya Allah kalau boleh ku sanggup ambil sakitnya dari tengok sahabatku menahan sakit , kalau boleh sembuhla panyakitnya ringgankan la rintihannya , ku tak sanggup melihatnya , aku tak sanggup mendengar jeritannya .

Belah Petang kami pergi lihat matahari terbenam kat Bandar Hilir , dengan bunyi geseran daun-daun , bunyi angin yang mendayu-dayu , keadaan yang damai dan tenang . Tiba-tiba Nurul rebahkan kepalanya di bahu ku dan dia berkata ;

"Zee boleh tak berjanji dengan Nurul . Boleh tak Zee menyamar jadi UMI Aris?? Nurul dah sakit tak dapat nak tahan lama . Nurul tak nak Aris sedih kalau Nurul dah pergi . Pleaseeee .. Demi hubungan kita ni , Nurul dah banyak terhutang budi kat Zee . Masa itu air mataku mengalir dan ku kata "ya" tanpa ku sedari . Zee lihat Nurul tersenyum dan ucapkan terima kasih ...

Bermulanya Zee menyamar menjadi umi Aris . Messej ,chat facebok , MMS , call semuanya suaraku . Maafkan aku Aris kerana berbohong . Semakin lama semakin rasa tak selesa nak berbohong lagi , rasa nak bagi tahu yang sebenarnya tapi ku dah berjanji dengan Nurul . Terpaksa batalkan niatku . Nurul makin sakit , terbaring melawan sakitnya . Zee tak sanggup tengok dia macam tu . Zee ambil keputusan nak hantar Nurul pulang ke pangkuan keluarganya , akan ku tunaikan impiannya yang ingin berakhir bersama keluarganya ..

26 MAR 2012
SABTU ‘ 8 PG
Time aku pulangkan puteri ke Istana Maharani di Kuala Lumpur , setelah sampai Zee terus bawa Nurul ke kamar beradunya . Kami baring sama-sama . Kami sempat bergurau senda , berbincang tentang bisnes ku . Nurul bagaikan PENDENGAR SETIAKU , PENASIHATKU , KAKAKKU , TIANG KU BERDIRI , SEMANGATKU . Dia la segalanya . Tanpa dia diriku akan lemah , dalam ketawa dia rebah di pangkuanku . Nurul cakap ;

"Zee , Nurul sayang Zee sangat-sangat . Zee la kawan . Zee la adik Nurul yang sentiasa bersama . Susah senang Zee sanggup dengan Nurul . Kalau pun kita berlainan darjat tapi kita tetap kawan sampai mati kan?"

"Yup , kita kawan sampai mati..."

Dalam cakap-cakap Nurul terlelap di pangkuanku . Aku kucup dahinya . Aku salam tangannya sebelum Zee pulang ke Melaka . Zee tetap menyamar sebagai umi Aris . Demi sahabatku . Demi janjiku kepadanya ..

27 MAR 2012
SELASA’
Zee dapat panggilan dari Nurul . Suaranya tengelam timbul , kadang-kadang tersekat-sekat sebab dia nangis . Bila dengar dia nangis , Zee pun turut nangis . Katanya , dia rindu pada ku . Insyaallah Zee akan datang . Jangan risau ea akak Nurul . Kejap lagi Zee datang la ..(zee saja nak hiburkan hatinya...)

28 MAR 2012
RABU’ 11 MLM
Nurul dah ade kat Hospital Pantai . Pukul 3 nanti dia nak bedah . Family dia semua ade cuma papa dia yang on the way pulang . Hampir pukul 12 , Zee paksa Nurul bercakap dengan Aris . Nak tak nak Nurul kena gak berbual dengan Aris . Dengan muka merajuk dia call Aris . Hahahaa.... Panjang muncung dia tauu Aris . Dan bermula perbualan pasangan bercinta . Hehee.. jeles pulak . Hahahaa.... Kadang-kadang dengar dia ketawa ,lepas tu nangis pulak . owhhh .. Aris buli la tu kot . Hahaha... Pukul 1 , selepas doktor cakap Nurul stabil , Nurul akan ditolak masuk bilik bedah tapi Nurul tak nak . Dia nak tunggu papa dia . Atas nasihat abang-abangnya pukul 1.30 pagi , Nurul masuk bilik bedah . Sementara itu kami sembahyang hajat . Tunggu dari 1.30 – 5.55pagi . Nurul selamat di bedah dan keadaan dia stabil dan terus masuk wad ..

29 MAR 2012
KHAMIS’ 7.59 PG 
Alhamdulilah Nurul sudah sedar , cuma masih lemah dan tak mampu nak bercakap sangat . Tapi bila dia sedar sahaja , dia nak call Aris dulu . Setengah jam lepas Nurul call Aris , tiba-tiba Nurul tak sedar diri , terus tolak ke ICU sebab nafas Nurul tak stabil . Pukul 11 tu , doktor bagi tahu , boleh panggil saudara mara , ahli keluarga yang lain . Nurul dah tak dapat bertahan lama . Lepas dengar doktor cakap , mama jatuh terduduk dan pengsan . nafas ku sesak , dadaku sakit . Tiba-tiba nak rebah tapi ditahan akak Nur . Menangis aku di sudut , hatiku hancur , hatiku dihiris . Tak mampu nak berkata-kata apa-apa . Fikiran ku melayang , hanya dengar suara akak Nur yang sayup . Aku kuatkan diri . Zee lap air mata . Zee tak nak nangis depan Nurul . Nurul berbisik padaku ..

"zee ingatla pesanan akak ya . Akak tak nak hubungan 2 tahun tu terputus bergitu je . jaga amanah , sampaikan hajat akak nurul..."

Insyallah akak Nurul , Zee tetap akan tunaikan kata-kata akak .

Lepas tu sorang demi sorang keluarganya di kelilingnya . Aku hanya tengok dari jauh . Aku tak sanggup tengok Nurul hembuskn nafas terakhrinya . Dalam time azan zohor Tengku Puteri Nurul Huda telah pergi buat selamanya . Di tangan ku ada 2 pucuk surat . Amanah arwah untuk ku . Sebak dada ni nak buka dan baca surat itu . Kata-kata terakhir arwah...

"Zee , salam terakhir buatmu . Nurul sentiasa sayangkan Zee . Nurul sentiasa disisi Zee bila senang atau susah . Kuatkan semangat untuk akan datang . Terima kasih selama 2 tahun ni , terlalu banyak pengorbanan Zee buat untuk Nurul . Harap suatu hari nanti Zee jumpa seseorang yang baik budi perkerti , yang boleh jaga Zee . Orang sebaik , semulia Zee ni hanya untuk orang baik . Teruskan hidup ni walaupun Zee tak ade tempat berlindung , tak ade tempat mengadu , tak ada tempat bermanja . Insyallah , Nurul yakin Zee boleh . Jangan nangis-nangis tau . Kalau rindu Nurul , sedekahkan al-quran tau . Tenang Nurul kat sana nanti . Tolong jaga family Nurul . Anggaplah mereka family Zee ea . Zee boleh janji tak? Boleh tak tolong jaga Aris untuk Nurul . Nurul tak nak terputus hubungan macam tu je . Kalau boleh biarlah Zee tahu keadaan dia macam mana . Nurul tak nak dia sedih-sedih . Seksa Nurul nanti . Kirim salam sayangku pada keluarga mu . Insyallah kita akan berjumpa lagi..assalamualaikum sahabatku.."

Selepas baca surat tu , aku tak ingat apa-apa sebab Zee pengsan kerana tekanan darah ku kurang . Esoknya Zee poskan surat untuk Aris di Johor . Alhamdulilah surat arwah dah sampai ke tangan Aris . Telah ku tunaikan amanah mu Nurul ..

29 MAR 2012
JAM 1.24 PTG
Semasa Aris nak ke masjid untuk solat zohor , Kak Nur call mengunakan fon Umi . Aris punye happy time tu yang ingatkan Umi yang call , tapi yang call adalah kak Nur rupanya . Akak tu cakap , "Aris bawa besabar ye Aris" … Aris cakap .. "kenapa kak!!! Umi ok kan umi dh sihat ke!!!" .. kak Nur pun cakap yang Nurul dah tak ade , dalam mase yang sama radio kereta Aris keluar kan lagu 'disaat aku mencintaimu' dan berkumandang azan zohor di sekitar kawasan rumah Aris . Aris menangis tak terhingga . satu hari menangis sampai tak lalu makan ,pening kepala . Namun Aris tetap kena tabahkan dirinya yang Umi dah tak ade lagi disisinya dan Aris kena redha perginya arwah …

31 MAR 2012
SABTU' 12.45PG 
Alhamdulilah sampai juga surat arwah yang dinanti-nanti kan oleh Aris . Aris menjerit "emak!!!!! jgn buka surat tuuuu!!!!!!!" Uhhuuhhu.. Aris terus rampas dari emak , lalu begegas terus ke dalam bilik lalu membuka surat dari arwah penuh kesabaran . Lalu menitiskan air mata tak terhingga ….

Sayangku Aris ,

Assalamualaikum... 

        Sayang.. ni la pertama kali & terakhir Umi tuliskan surat buatmu . Umi tulis surat ni sebelum pembedahan , masih waras . Huhuhu.. Hanya surat ni akan terbongkar segalanya yang Umi nak katakan . Pertama kali Umi pandang Aris , Umi tersenyum , mungkin Aris orang yang akan Umi sayang . Ketawa Aris penawar luka umi . Kasih sayang Aris membahagiakan Umi . Umi sayang Aris tapi Umi tak dapat teruskan sebab umi sakit . Umi tak ada mase lagi . Kalau surat ini smpai ke tangan Aris , Umi dah pergi ke pencipta . Sebelum tu , Umi memohon maaf atas perbuatan umi ni . Mungkin aris tak kan terima apa yang berlaku . Umi sebenarnya ade masalah paru-paru . Penyakit ni dah lame cuma tak ade yang tahu . Keadaan Umi makin teruk sebab Umi tak buat rawatan dihospital . Masa Umi kenal Aris , Umi dah sakit . Umi ucapkan terima kasih bagi panggilan Umi . Umi suka sangat-sangat . Tapi Umi tak layak untuk terimanya . Aris betul-betul buat Umi gembira . Terima kasih sembuhkan luka di hati ni . ermmm.. Aris boleh janji dengan Umi , lepas ni apa yang Umi bagi tahu ni , jgn terkejut . Harap Aris terimanya . Sebenarnya Umi dengan Aris cume kenal 2 minggu je , yang selebihnya Aris dengan Zee . ketawa , manja , suara sebenarnya Zee .

       Nak tahu siapa yang nyanyi lagu Yuna , Terukir Dibintang tu sebenarnya suara Zee . Umi paksa dia menyamar sbagai Umi sebab Umi dah tak sihat lagi . Umi dah tak larat . umi paksa dia . Janganlah marah Zee . Dia tak salah apa-apa pun . Umi yang ugut dia jadi Umi dan apa yang dia cakap semua tu Umi yang pesan . Orang yang Aris sayang bukannya umi tapi Zee . Umi buat semua ni sebab Umi tak nak rase kesal tinggalkan Aris dan Umi tak nak Aris tahu Umi tak sihat . Umi tak nak Aris nangis sebab Umi . Tapi malam sebelum pembedahan itulah suara Umi sebenarnya . Umi terharu ,Umi gembira dengar suara Aris semula , tapi sayangnya Umi tak dapat tengok Aris senyum . Umi tak dapat jumpe family Aris . Umi seiklas hati sayangkan Aris walaupun 2 minggu je kita kenal . picture , facebook , nombor hp memang milik Umi . Malam hari tu Umi cube bagi tahu pekara yang sebenarnya tapi umi tak jadi sebab tak sanggup lukakan hati Aris . Umi tak kisah Aris ckp Umi ni kejam , Umi tak sayang Aris , Umi jahat , Umi permainkan perasaan Aris . Umi gembira Aris cakap yang Aris menyesal sangat-sangat sebab itu cara sahaja yang akan buat Aris lupakan Umi . Umi mohon maaf atas perbuatan Umi ni . Umi tak kisah Aris bencikan Umi , tapi janganlah benci Zee..

Dia tak salah pun . Umi tahu Aris hanya sayangkan Tengku Puteri Nurul Huda tapi bukan Zee . Zee terlalu penting dalam hidup umi . Dia bagaikan adik Umi dan adik-adik abang Umi dan ahli keluarga Tengku . Kalau bukan kerana darah Zee , mungkin Umi tak dapat bertahan lama . Zee lagi sedih tiadanya Umi disisi dia lagi . Aris janji dengan Umi , boleh tak jaga Zee untuk Umi?? Erm.. mungkin tak kan . Jagalah diri Aris baik-baik , jangan nakal-nakal ,jangan nangis tau . Terseksa Umi nanti . Teruskan hidup ni , hidup Aris masih panjang . Happy la selalu dan jangan sesekali tutup pintu hati Aris . Terima sahaja yang akan datang dalam hidup Aris . Insyaallah Aris akan jumpe tulang rusuk belah kiri Aris semula . Maafkan Umi . Umi terpaksa larang Aris ke kubur Umi . Kalau rindukan Umi , tengoklah bintang di langit . Izinkan Umi pergi dengan tenang terima kasih atas warna yg pernah Aris lukis dalam hidupku walaupun ia sementara . Walaupunku tiada lagi dalam hidupmu , tapi akan ku isikan cinta dan kasih sayangku dalam hatimu . Bila dirimu dalam kegelapan , bintang akan menerangi hidupmu . Selamat tinggal kawanku @ kekasihku yang seikhlas yang pernah ku miliki . tak mudah ku pergi bila wajahmu sentiasa dihati ni . Selamat tinggal MOHD HARITH FADZELLAH ….


YG DIKASIHI UMI…
(TENGKU PUTERI NURUL HUDA )

2 APRIL 2012
ISNIN’ 7.38PG
Zee bangun dan tersenyum . Mungkin dia yang ku mimpi malam tadi , walaupun tubuhku masih lemah kerana tekanan darah kurang tapi akan Zee teruskan hidup ni demi amanah dan hajat arwah . Memang diriku masih lemah , memang diriku masih teringat-ingat arwah , memang diriku hilang , memang diriku tak mampu berdiri lagi tapi ku akan cuba kuatkan semangat yang hilang ni untuk masa depan ..

Kata-katanya , pesanannya masih ku ingat , akan ku simpan . kita dah janjikan kawan sampai mati Insyaallah kita akan berjumpa tak lama lagi wahai sahabatku ..



‘KAWAN SAMPAI MATI’


kisah hidupku dan dia..


**********

kami titipkan sebuah Al-Fatihah buat Tengku Puteri Nurul Huda . semoga rohnya ditempatkan diantara golongan yang beriman .


p/s : Allah tu adil . dia beri kita rasa kecewa sekarang sebab esok dia nak kita buat keputusan . keputusan yang mungkin nanti akan ada kebahagiaan yang tercipta oleh-Nya .

No comments: