Followers

Tuesday 24 April 2012

susahkan nak dapat Dean List

awcakkkk !!

yeeehaaa :DDD

harini cik Qaseh rasa gembira gila yang tak terhingga . mesti ada yang tertanyatanya kenapa kan . seperti yang diuar-uarkan di laman muka buku cik Qaseh tu , bahawasanya tanggal 24/4/2012 cik Qaseh dapat result untuk semester 4 .

cik Qaseh rasa , semua orang rasa macam mana perasaan nak amek result tu kan . berdebardebar yang tak terhingga gitu .

memula tu , cik Qaseh pergi kelas pagi macam biasa je la . watlek . tapi bila dah masuk kelas petang , duduk pun tak kena . hati tu dupdap dupdap . stress woo nak belajar .

kenapa dupdap ? sebab masa tu result release pukul 2.30 petang . memang sistem manual . tak ada laman portal . so , kena la tunggu sampai peluhpeluh ketiak tunggu result tu printed .

bila dah tiba masanya ,


okeyh , slip dah depan mata . tengok je sikit dah terlonjak teruja . terus hilang dupdap tu . terus je wish "congrats :))" dekat classmates yang 4.00 tu .

result cik Qaseh tak ada la 4.00 . tapi result tu mampu membuah kan senyuman bahagia buat insan teristimewa yang nun jauh di selatan . that is my mummy .


okeyh . tu result cik Qaseh . bukan niat nak menunjuk tapi nak share .

yang numbering tu ,

1 . result semester 1 . memang rendah gila .
2 . result untuk semester 2 . okeyh , i got Dean List . mulamula tu tak tawu pun kalau 3.50 tu dean list .
3 . result semester 3 poitner agak jatuh sikit tapi mujur la CGPA kite meningkat .
4 . result yang the latest one . okeyh . perubahan yang mendadak .

syukur Alhamdulillah . cik Qaseh bersyukur sangatsangat dengan apa yang cik Qaseh dapat sekarang ni . sekurangkurangnya mampu puaskan hati kecil ni .

buat my mummy ,

mummy , ni je yang kakak termampu buat . kakak dah usaha sehabis mungkin  , dan inilah hasilnya . sorry tak dapat nak bagi hadiah mahalmahal tapi ni hadiah buat mummy . 

huhuhu . amacam ? susah tak nak dapat Dean List ?

yess . memang cik Qaseh akui , susah sebenarnya nak dapat dean list kalau kita tak ada usaha yang lebih usaha yang kuat . tapi kalau kita rajin sikit , kerah sikit tenaga tu mesti kita dapat jawapan yang berbaloi .

walaupun kita tak mampu cecah 4.00 tapi sekurangnya kita cuba . walaupun kita nampak nilainya kecil , tapi kepuasan tu besar sangat . siyez . tak tipu . cer korang try nanti .


tapi , buat yang tak memuaskan hati tu , janganlah korang sedih jangan lah korang marahkan pada result tu . cuba kita bersyukur . Insyallah kita dapat rasakan kepuasan tu .

cik Qaseh bersyukur sangat . sebab cik Qaseh mampu buat semua ni walaupun dalam jiwa yang penuh pelbagai rasa dan ujian Allah .

sekurangkurangnya cik Qaseh mampu buat walaupun cik Qaseh dah tak ada pendorong , dah tak ada inspirasi untuk teruskan perjuangan ni . tapi inilah bukti yang cik Qaseh nak tunjukkan . walaupun tak ada dia , tapi cik Qaseh still boleyh survive .

cik Qaseh nak buktikan kejayaan ni dekat dia satu hari nanti .

selebihnya , buat kawankawan cik Qaseh yang dulu pandang rendah pada kebolehan seseorang termasuk lah cik Qaseh . yess . hidup ni memang tak lari dari hasad dengki manusia dan kepuasan .

kawan yang rasa orang laen tak boleyh dapat lebih dari dia . but now , cik Qaseh nak buktikan . walaupun kita dalam bidang yang berbeza , tapi still boleyh berjaya macam mana yang dia nak satu masa dulu tu .

orang yang satu masa dulu dia hanya pandang kita sebelah mata je , tak selamanya dia berada pada tahap yang paling atas . jangan lupa orang yang dipandang rendah tu sebenarnya sikitsikit tengah mendaki untuk keatas .

so , buat korang yang masih lagi dalam dunia pembelajaran . ambillah pengalaman ni sebagai semangat untuk korang teruskan perjuangan dalam peperiksaan .

p/s : cik Qaseh kongsikan kegembiraan ni untuk sahabatsahabat cik Qaseh , untuk mummy , untuk kawankawan , untuk classmate dan my Yayang . i'll do the best for our future .

1 comment:

Rehan Aron said...

wahh .. thanks cik qaseh ... :) terbakar semangat saya ..