Followers

Monday 18 June 2012

ayah tak bertanggungjawab ! ayah bodoh ! benci ayah !

semalam hari ayah ke ?

sorry la , Muzah tak ingat la . bukan tak ingat tapi memang tak tawu pun semalam hari ayah dan tak nak ambik tawu apa-apa pun pasal ayah .

Muzah tak ada ayah . eyh , Muzah ada ayah . tapi ayah Muzah dah lama mati dalam kamus hidup Muzah .

Muzah tak tawu ayah hidup lagi ke tak . tapi Muzah yakin dia hidup lagi .

jangan salahkan Muzah kalau Muzah bencikan wali Muzah sendiri .

Muzah tak bersalah apa pun .

ayah yang buat Muzah . sampai Muzah terpaksa menumpang hidup dalam rahim Umi . terpaksa kongsi makanan dengan Umi . tapi Umi tak pernah merungut . Umi tak ada cakap pun makanan tu siapa yang cari . Umi diam je .

Muzah tawu , makanan yang Muzah share dengan Umi tu bukan dari hasil titik peluh ayah tapi Umi .

bila Muzah semakin membesar dalam rahim Umi , ayah tak ada sebelah Umi ! semua Umi yang buat sendiri !

dulu , Umi tak ada kereta lagi . so , pengangkutan Umi pergi dan balik kerja adalah BAS TAMBANG yang berhenti-berhenti tu . kadang-kadang Umi sampai nak terjatuh dari bus tu . tapi Umi gagahkan jugak demi Muzah .

Umi pergi buat check-up pun naik BUS TING!TING! tu . sebab ayah tak ada untuk Umi .

bila Muzah dah nak keluar tengok dunia ciptaan Allah , Umi mintak bantuan kawan Umi untuk hantar Umi pergi hospital . demi Muzah , Umi kuat ! ayah tak ada lagi dekat sebelah Umi .

bila masa dah sampai , Umi bertarung nyawa sorang-sorang dalam labour room tu . ayah tawu Umi dah nak bersalin , tapi ayah cakap dekat Umi , ayah dekat kampung . nanti esok ayah datang buat surat beranak Muzah .

tepat 3.15 pagi , selamat dah Muzah keluar dari rahim Umi untuk tengok dunia . bila nurse hulur Muzah dekat Umi , Umi kata bersihkan Muzah dulu lepastu suruh doktor letak ubat cepatcepat dekat Umi sebab Umi sakit . masa tu Muzah nampak raut muka Umi tak gembira tapi Umi letih dan sedih .

esoknya , Muzah tunggu ayah . ayah kata nak datang tengok Muzah nak buat surat beranak . Umi pun tunggu . tapi sampai keesokkannya ayah tak datang .

tak ada siapa yang iqamatkan Muzah sejak Muzah lahir . tak macam baby-baby lain , dapat perdengarkan laungan azan serta iqamat dari ayah diorang .

tapi Muzah ? tu pun atas hati mulia kakak nurse tu , mintak suami dia tolong iqamatkan Muzah .

masa tu , akak nurse tu ada niat disebalik . kakak nurse tu nak ambik Muzah , nak bela Muzah . sebab dia dah lama kawen tapi tak ada rezeki .

Muzah rasa , hinanya Muzah lahir dekat dunia ni ! Muzah salahkan Umi , sebab kenapa Umi tak bunuh je Muzah ? kalau tak , tak payah Umi tanggung malu minta simpati orang .

sampaikan cukup umur Muzah dua minggu , ayah tak datang jenguk pun . Muzah tak kenal ayah Muzah !

ayah suruh Umi mintak tolong dekat kawan untuk buat surat beranak Muzah . ayah ada hal , tu kata ayah .

nasib baik kawan Umi tu berhati mulia , sanggup tolong Umi . terima kasih aunty uncle :)) ikhlas dari hati Muzah .

daripada hari ke hari , daripada Muzah menangis dah pandai senyum ketawa . ayah tak datang tengok Muzah pun .

bila Muzah dah besar , Umi bekerja keras untuk bagi Muzah minum susu .

Umi hantar Muzah pergi baby sitter naik bus Ting!Ting! tu . seminggu sekali Umi datang ambik Muzah .

satu hari tu , baby sitter tu tak nak pulangkan Muzah dekat Umi . dia suruh Umi balik .

tapi kenapa Umi sanggup datang jauh-jauh ambik Muzah ? kenapa Umi tak bagi je Muzah dekat orang ? ayah tak suka Muzah kan ?

start dari hari tu , Umi bela Muzah . Umi nekad hantar Muzah balik kampung . Umi cerita semuanya .

orang kampung terima baek dengan besar hati dekat Muzah . Muzah rasa Muzah disayangi .

bila atok tanya , ayah ada bagi nafkah tak . Umi geleng .

sampai la Muzah besar .

bila Muzah dah besar , dah pandai cakap , Umi bawak Muzah jumpa sorang lelaki . lelaki tu asing dengan Muzah tapi Muzah ramah dengan lelaki tu .

lelaki tu adalah ayah Muzah !

tapi , Muzah tak membahasakan diri lelaki tu dengan 'ayah' , 'papa' tapi Uncle .

lelaki tu bagi Muzah anak patung beruang . Muzah suka sangat . jadi permainan kesayangan Muzah masa tu .

umur Muzah bukan semakin membayi tapi semakin menginjak besar .

Umi bertungkus lumus kerja sana sini untuk hantar Muzah belajar . Umi bayar yuran , Umi bagi duit belanja , Umi itu Umi ini , semuanya Umi yang buat .

ayah ?

dia tak ada bagi nafkah untuk Muzah pun . cuma sesekali tu , dia keluar dan berbelanja makan .

bila Muzah dah semakin besar , Muzah malu dan tak pernah bercakap sepatah pun dengan lelaki tu .

mungkin malu tu mengungkapkan dendam ? benci ? marah ?

bila Muzah semakin dewasa , semakin matang ... lelaki tu hilang terus lesap ! Umi pun tak dapat kesan mana lelaki tu menghilang .

bila Muzah semakin membesar , besarlah perbelanjaan Umi untuk sara Muzah .

Umi yang banyak cari nafkah untuk Muzah . bukan banyak pun tapi memang Umi yang cari nafkah .

Umi hantar Muzah belajar jauh-jauh suruh Muzah belajar tinggi-tinggi .

bila Muzah tanya duit belanja , Umi kata nanti . Umi tengah usahakan , ayah tak ada kirimkan duit .

mana ayah ?

lelaki tu dah lama menghilang . semenjak Muzah dah pandai berfikir , dah pandai buat keputusan , dah dewasa dan matang .

Muzah geli dengan lelaki tu . Muzah geli dengar nama lelaki tu . Muzah tak suka sebut nama lelaki tu . Muzah akan cuba mengelak daripada menyebut nama lelaki tu .

bila Umi bercerita soal ayah , luahan hati yang melibatkan ayah . Muzah hanya pura-pura dengar luahan tu . Muzah tak suka ! 

bila Muzah dah besar , dah mula matang , hati dah mula tulus . Muzah dah tutup rapat-rapat serapatnya ruang sayang untuk seorang ayah tu . ruang tu kosong .

umi pernah pesan , kalau kau nak bernikah , usah kau berwalikan ayah kau , kau hanya berwalikan peguam .

ya Umi ! itu yang Muzah akan buat . Muzah takkan cari lelaki tu . takkan pernah cari . peduli la dia dan mati ke nak lingkup ke . dia tak layak ada dekat dunia ni Umi kalau itu perangai dia .

dalam kamus hidup Muzah , tak pernah Muzah sebut perkataan 'AYAH' mahupun 'PAPA' macam kawankawan Muzah selalu sebut . tak pernah !
tak pernah jugak , Muzah sayang seorang ayah lagi disayagi seorang ayah . tak ada !

dalam setiap perbuatan Muzah , Muzah akan buat pertimbangan dengan Umi . tanpa libatan seorang ayah . ayah tak perlu masuk campur .

boleh tak Muzah tak nak mengaku dia ayah Muzah ?

Muzah tak pernah ada ayah yang tak bertanggungjawab .

Muzah benci lelaki tu !

sebab dia bukan seorang yang bertanggungjawab !

dia bodohhh !

Muzah bencikan ayah Muzah sendiri ! Muzah benci sangatsangat !

kadangkadang tu , Muzah malu dengan kawankawan Muzah sendiri .

Muzah ni anak HINA !!

Hina dimata masyarakat dunia ! biarlah Hina jugak dimata penduduk langit !

tapi pada Muzah , Umi lah ayah Muzah dunia dan akhirat Muzah ! Selamat Hari Bapa , Umi !

Muzah tak mampu balas jasa budi Umi membesarkan Muzah . hanya Allah yang mampu membalasnya Umi . sekuat manapun anak Umi ni belajar , berusaha macam mana sekalipun . anak HINA tetap HINA !




:)) TAMAT ((:

awcakkkk !

yuhuuuu :)) tadi tak sempat nak cakap awcakkk awcakkk dekat korang . sebab teruja sangat nak bercerita .

tibe-tiba terlintas dekat fikiran cik Qaseh . agak-agaknya , ada tak lelaki yang boleh terima budak perempuan macam Muzah ni untuk dijadikan isteri ? ada ke jodoh untuk Muzah ?

p/s : cerita ini hanyalah rekaan semata , tiada kene mengena dengan yang hidup dan yang mati .

p/s : sekiranya cerita ni didapati sama dengan reality kehidupan sesorang , adalah tidak disengajakan dan adala satu kebetulan .

p/s : hasil karya cik Qaseh yang kedua kot ni . tulisan dari hati yang suci lagi murni . ada yang nanges tak baca ni ?

p/s : terima kasih sebab sudi baca :))

p/s : sorry takde gambar , nak upload tapi line tak kuat :(( tak sabar nak share dengan korang so cik Qaseh publish je cepat-cepat .




8 comments:

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

Gud job..best jgk cerpen nie..tersentuh hati acu baca :-)...Hurmmm

Qaseh Qhaleesh said...

acu : thanks sudi baca cerita kite .. ni pun baru je berjinak-jinak ...

aamalinaazman said...

hayooo
ingat certe betoi
mnyentuh hati

tapi walau siapa pon die
ingtlah dia ayah kite
huhuhu


sgt sedih ;(

Qaseh Qhaleesh said...

aimi amalina : wee :DD suspen kan ?
ni pun baru merangkak-rangkak nak buat cerita .

btw , thanks sbb sudi baca :))

CK said...

terbaeeekkkkk cengini \m/(>_<\m/

Qaseh Qhaleesh said...

ck : yeayy ! thanks so muchh .. angkat kening sikit :PP

Ummi_R❀salici❀us said...

ada bakat...
rajin cik qaseh ni.... :D

Qaseh Qhaleesh said...

ummi : terima kasih :)) cik Qaseh masih merangkak lagi ni ...